Showing posts with label Cabaran. Show all posts
Showing posts with label Cabaran. Show all posts

Cabaran Day 29 - Day 30

Assalamualaikum dan hai :)
Actually , memang nak update semalam , tapi dapat laptop malam , bukak facebook dan tumblr , lupa sampai .
*biasa aku layan blog pepagi buta*
Tinggal dua jeh cabaran yang belum dibuat dan hari neh 24 Julai 2011 hari last aku menyahut cabaran neh .
*satukan je , malas nak buat dua tiga entri*

Day 29 - Siapa anda 10 tahun akan datang
Mestilah seorang manusia yang berguna dan menabur bakti untuk negara .
*cehh , ayat tak boleh bla lah kan*
Menjadi seorang yang berjaya lah kot .
*aku tak tao nak jadi apa selepas cita² untuk menjadi doktor sudah terkubur*
Dah kahwin dan jadi isteri yang taat lah juga kot .
*naaa , gatal sehh*

Day 30 - Hari ke-30 , apa yang berlaku ?
Sekarang jam menunjukkan tepat 3.14 am .
Jadi aku tak tao lagi apa yang bakal berlaku esok .
Tapi sekarang aku rasa lega bila dapat siapkan cabaran neh walaupun tak ikut masa dia betui² .
*aku rindu si dia lah , wuwuwuwu*

Sekian untuk coretan kali neh .
Kbye :)

P/s : Seronok sambut birthday Myrul Sapiq dengan Nani(awek dia) , Raraa , Damia , Yaya , Fiesa , Juzaili , kawan Myrul . Kena tepung , kena kek , memang terbaek lah .

Cabaran Day 25 - 28

Assalamualaikum dan hai :)
Aku neh suka buat kerja tangguh² kan -,-
Malas betui aku lah nak update hari² .
Jadi sekarang , macam hari tu lah , empat cabaran dalam satu entri .
K , i'll start now , come on bebeh :D

Day 25 - Makna di sebalik link blog anda
Actually , aku tak tao nak bagi nama apa sebagai link . Neh pon aku main bedal jeh , aku tao tak best pon link aku neh , kalau nak dibandingkan dengan bloggers hebat kat luar sana tuh . Link blog aku simple like the owner lah . Tapi macam nak tukar link baru , apa ekk yang best , any suggestion ? :D

Day 26 - 15 fakta tentang anda
whoah ! Tak boleh banyak lagi ka ? Haihh -,-
Aku taip fakta tentang aku ikut apa yang terlintas di fikiran je lah ye .

+suka makan ayam dekat KFC
+suka bawak motor laju² bila tengah frust atau ada problem
+suka coklat cadbury black forest
+tak jahat tapi nakal
+suka tangguh kerja
+im johorean , tapi lahir dekat Selangor
+gila ambik gambar dan save dalam pendrive banyak²
+minat dengan benda yang warna pink
+adored gilaa dengan motor LC
+im the oldest in my siblings tapi perangai kalah kanak²
+tengah gila baca novel
+akan sayang seseorang tu dengan sepenuh hati
+suka bila berkumpul dengan kawan²
+suka akan sesuatu tapi tak boleh nak dapatkan
+kerjagila online sampai pagi

Day 27 - Makanan dan minuman kegemaran anda
Cerita bab makan aku memang suka lah , hihih xD
Aku suka makan ayam (itupun memilih oke) , mee hot plate , savoury waffle mr. magic , tomyam , mihunsup .
Minuman kegemaran aku pulakk chocolate ice blended , ABC , nestum susu sejuk .

Day28 - Hobi anda
Aigoo , cerita hobi pulakk dah .
Macam² aku suka buat nak² time bosan .
Aku suka online sampai pagi nak subuh dah , baca novel sampai tertidur , makan apa² yang ada sampai puas , merempit sampai ke mana² yang aku suka , ambik gambar sampai penat posing dan photographernya .

Aihh , penat dah menaip , sambung esok pulakk lah .
Sekarang dah pukul 2.52 am dah .
Nanti aku update gambar time sekolah dan birthday Wafa .
Kbye :)

Cabaran Day 20 - Day 24

Assalamualaikum dan hai :)
Maaf kerana lama tak update .
Since minggu lepas dari Jumaat aku demam jadi tak dapat lah nak stay sampai pagi untuk update blog bagai .
Jadi sekarang aku akan satukan cabaran² yang belum aku lunaskan dalam entri neh .
Malas nak asing²kan dah , penat .
*naaaa :D aku suka buat ADDMATH*

Day 20 - Hari ke-20 , apa yang terjadi ?
Aku pun dah tak ingat apa jadi hari tuh .
So bantai je la , aku tak tau .
*asal ada je*
muehehehe :D

Day 21 - Benda yang wajib bawa bila keluar rumah
Apa ekk =='
Of courselah handphone *haihh , kalau tak ada handphone tak hidup kott*
Then money *tapi kadang² tak bawak pun*
Err itu je la kot yang wajib .
Malas nak bawa banyak² , bukan ada function sangat pon .

Day 22 - Tarikh² penting dalam hidup anda
First , mestilah birthday aku - 23nov95 *wishtawjanganlupa*
Mak ayah - 1oct , 10jun
Adik² - 30aug , 23nov
Si dia - 28august95
Buddies *ramai sangat so tak payah list ae*
Tu je lah , set tarikh banyak² buat apa .

Day 23 - Dream wedding
Alahai , dah satukan pulakk cabaran neh , kalau tak boley letak gambar .
Tapi takpe lah , aku cakap je perkahwinan idamanku :P
Kalau nak macam kat angkasa boleh tak -,-
*semalam TERtengok Nona , pastu ada wedding siapa entah kan , dia siap ada anak kapal bagai , pakai baju pramugara and pramugari lagi dia punya pengiring tu , awww sweet :')*
Kalau tak pun , dekat taman ke .
*best jugak kan , mesti tenang je nanti , suasana aman damai*
Bab kahwin² neh aku suka mencarut entah hapahapa daa .
Baik aku pergi topik lain sebelum aku bayangkan yang lebih grand , whoaaa :O

Day 24 - Tempat yang paling anda gemari untuk makan
Naaa , aku suka bila cerita makan *tapi badan maintain je woo*
Aku suka makan dekat KFC daripada McD .
*sebab KFC ada ayam goreng and cheezy wedges tapi McD tak ada*
Food junction dekat BP Mall .
*aku suka mee hot plate tu je , sedap woo , makan sorang² habis punya even benda tu mahal*
Tempat yang ada jual TomYam .
*marvellous lah*

Dah cukup cerita aku buat entri neh .
Aku suka mengarut , muehehehe :D
Nanti aku update tentang Hari Gerko and Sukan .
Kbye :)

Day 19 - Jenis Manusia Yang Menarik Perhatian Anda

Last but not least entry .
Hee~

Ada dua ok yang mungkin menarik perhatianku :
~ Menarik untuk memuji
~ Menarik untuk mengeji

First , yang menarik untuk dipuji .
Jenis²nya ialah yang berSOPANSANTUN , berBUDIBAHASA , berBAIKHATI , mengCANTIKGORGEOUS , mengTUTUPAURAT , mengBIJAKPANDAI dan segala yang positif .

Second , yang menarik untuk dikeji .
Jenis²nya ialah berBODOHSOMBONG , berLAGAKSUCI , takRETIBERGAYA dan segala yang negatif .

Maaf kalau ada sesiapa yang terasa .
Maaf atas kesilapan penggunaan imbuhan .

Day 18 - Benda Paling Mahal Yang Anda Pernah Beli Dengan Duit Sendiri

Fourth entry .
*Haihh , penat menaip tak henti*

Em , ape ekk ?
Aku pun tak ingat dah .
Haha~

Entri paling pendek abad ini .
Kbye :)

Day 17 - Gambar Bilik Idaman Anda

Third entry .
Ouh , cantek kan gambar bilik kat bawah neh ?

Source : Tumblr


Day 16 - Guru Sekolah Anda Yang Paling Anda Suka

Second entry .
Aku akan buat empat cabaran .
Dan aku akan main taip je , tanpa ada gambar mungkin .
Dan entri juga akan menjadi lebih pendek .

Ramai guru yang aku suka dan senangi .
Tapi yang paling aku suka dan sayang sangat ialah Puan Rusiah Kasmin .
*ouh sorry , malas nak ambik gambar teacher*
Kadang² aku panggil Mama RK atau Mama Rusiah lah .
Kenapa aku suka dan sayang dekat teacher ?
Sebab dia dah ajar aku dari tingkatan1 .
Masa tingkatan1 dia ajar Geografi , bila naik tingkatan2 & tingkatan3 dia ajar Bahasa Inggeris .
Teacher sangat faham kami sebagai anak murid dia .
Walaupun dia garang tapi dia baik hati .
Lagi satu , kalau ada kemas kelas ke , Hari Terbuka ke , mesti teacher akan masak even masakan ringkas je tapi teramatlah sedap sebab teacher suka masak .
Sekarang , dah tingkatan4 neh , teacher tak ajar budak menengah atas , macam lain je bila kena ajar dengan cikgu lain .
Rindu nak belajar dengan teacher :'(
Huk2~


Day 15 - Kalau Dapat Rm1juta , Apa Yang Anda Buat Dengan Duit Tu

Assalamualaikum dan hello :)
Tengok jam sekarang pukul berapa ?
Almost 3.05 am di saat aku mulai menaip untuk entri neh .
Ketika orang lain sedang enak dibuai mimpi aku masih bulat mata mengadap netbuk .
Tapi sekarang makin lama makin nak pejam mataku .
Walau macam mana pon aku tetap nak update jugak . *do i care*
Oke , RM1juta . Apa buat kalau dapat ?
Banyak tu 1juta , ada ke orang nak kasi free free .
Kalau aku lah dapat RM1juta , aku akan :

: Simpan dulu dalam RM1000 , kalau ada lebih simpan lah lagi :

: Aku nak renovate bilik macam neh , cantik kan :

: Beli handphone baru , SONY ERICSON XPERIA , aku nak aku nak woo :

: Akan shopping dengan keluarga dan kawan kawan dari bukak shopping complex sampailah nak tutup balik :

: Motor Wave mungkin , ini yang murah sikit :

: Atau LC , mahal sikit lah dari Wave kan , tapi kalau nak dua dua boleh tak ekk , jangan tamak woo :

: Wedges shoes , aku dah lama teringin nak beli wedges sebenarnya , tapi macam tak berkenan pulakk :

: Sandal , tak kisah la Nike ke Adidas ke , sekarang tengah trend pakai sandal macam gini kan :

: Last but not least , tunaikan Umrah dulu , patut gambar neh atas sekali , salah susun daa masa upload tadi :


Itulah antara benda yang akan aku buat kalau lah aku dapat RM1juta tu . Kau orang pernah pegang cash dalam tangan RM1juta ? Aku tao mesti tak pernah sebab aku pon tak pernah :P Bila kita ada duit macam macam kita boleh buat , tapi jangan sampai lupa daratan pulakk kan bila dah banyak duit . Sampai sini dulu lah entri kali neh . See at the next entry . Kbye :)

P/s : Asyik tak sempat je nak update masa celebrate birthday Mia hari tu , hangout Batu Pahat , hari Gerko . Pendrive pulakk dekat adik Zira . Adushh !

Day 14 - Perkara Menarik Yang Anda Lakukan Hari Ini

Assalamualaikum dan hello people :)
How's your day today ?
Hari aku suck , rasa macam dah tak ada mood nak buat apa apa .
Buat itu tak kena , buat ini pon tak kena .
Hmm , aku pun tak tao apa kena dengan aku sejak kebelakangan neh :/

Berbalik kepada tajuk di atas , perkara menarik .
Hari neh tak ada yang menarik kot pada aku lah .
Sebab setiap hari yang aku lalui sekarang dah kurang menarik bagi aku .
Tapi aku nak cerita apa yang aku buat sepanjang hari neh .

Start dari pagi k .
Pagi tadi aku pergi sekolah kerana terpaksa dan dipaksa oleh Aen . Ikutkan hati memang malas nak pergi , baik duduk rumah lagi bagus dari kena ngadap muka k.***** tuh , IHY , girl ! -,- Lagipun hari neh kan hari sukan seMalaysia kan . Aku terpaksa datang sebab ada orang suruh aku tolong jual untuk gerai RC tapi kan orang tuh tak ada pon tadi , orang tuh memang sengaja sebenarnya . Siap la kamu , aku settlekan nanti *aura keJAHATan dah datang* Aku tak tolong banyak sangat lah tadi sebab aku tak larat , pagi tadi datang datang je terus nampak si dia dengan LC dia tu , lepas tu dapat news yang agak kurang menarik untuk didengar , time tu jugak aku nangis diam diam , memang luaran je nampak happy tapi dalaman jangan cakap la sakit tambah sedih tambah geram tambah marah tambah macam macam la . Nasib baik lah Aen pandai ambik hati aku tadi , dia faham keadaan aku sekarang , so dia tak paksa sangat aku buat kerja yang aku tak berapa rela nak buat tu . Dan aku menjual makanan tapi aku sendiri tak makan , dah la kat rumah pon tak sempat nak sarapan *aku sengaja* Time tengah rehat rehat tadi adalah orang yang aku hate tu lalu , memang aku menyampah sangat dengan dia , apa entah salah aku , sampai nak sakitkan hati aku segala . Tapi aku sabar je , aku pon tak tao sampai bila aku boleh sabar nak hadapi semua neh *aku tao semua neh dugaan* Bila time nak balik tu , aku duduk relax je , aku tak tolong kemas gerai ke apa , just duduk dan tengok je *jahat kan aku* . Tutup cerita pasal neh , nak cerita serba sedikit tentang sukan . Oke , tadi ada lah jugak nampak si dia lari tapi sekali je sebab malas nak ambik tao . Sukan tahunan kali neh rumah HIJAU yang menang . Tak pernah pernah oke . Masing masing pon malas nak bersukan dan tak ada semangat nak bersukan . Kenapa tahun neh kan sukan buat tengah tengah tahun ? ==' Macam tak best lah kan . Lepas tu dalam pukul 11.30 majlis selesai dan bersurai . Ha , one more thing ! Pengetua SMK Dato Sulaiman nak kena tukar . Alamak , tak best taukk . Dah la tukar pengetua perempuan . Memang akan terasa sangat sangat kebakaltidakadaan En Misli , pengetua yang sangat penyayang gilaa . Ouh so sadis . Cikgu , kalau dah pindah nanti jangan lupakan SMK Dato Sulaiman yang terchentaa neh taw . Huhu~

Balik rumah pulakk .
Aku tak buat apa apa . Balik dah penat , jadi dengan tak mandi aku terus terlena tanpa diulit mimpi pon di sofa . Jadah kan , tidur waktu tengah tengah hari . Pukul 3.30 petang baru aku bangun . Then bersihkan diri , makan , semua tu aku sambung baca novel . Dah tu mak aku suruh pergi kedai pulakk . Pergi je lah kan sekurang kurangnya tak ada lah asyik terperap kat rumah je . Tapi bila aku dah pegang handle motor tu jangan cakap lah , paling slow aku rasa aku bawak dalam 70-80 , nak nak time aku tengah frust sangat sangat neh , memang laju lah aku akan bawa *salah satu cara melepaskan geram* Then aku beli aiskrim , balik rumah aku duduk kat luar mengadap ke arah jalan raya sambil makan aiskrim . Aku tertunggu tunggu sepetang kot kot si dia ada ke lalu kan , tapi tak ada pon , aku harap sangat dia akan lalu , dengan perasaan yang agak sedih aku masuk ke rumah setelah habis aiskrim aku makan .

Hmm :/
Rasanya tu je la kot cerita aku untuk hari neh .
Maaf lah kan lambat update .
Nanti cerita lagi .
Kbye :)

Day 13 - Apa Yang Ada Dalam Beg Duit Anda

Assalamualaikum and hello people :)
Oke , malas nak madah madah bagai , terus je ke topik sebenar .
Dalam beg duit aku mestilah ada :

~ Duit . Kalau tak ada duit macam mana kita nak beli barang ke apa ke kan .
~ IC Card . Susah woo kalau IC hilang , kena buat balik tao .
~ Handphone . Itu pun letak dalam beg bila nak jalan jalan je lah .

Em dah lah kut , rasanya itu je yang ada .
Almaklumlah budak sekolah , mana ada kad bank ke kredit bagai neh .
Dan budak sekolah pun tak boleh pegang duit banyak banyak .

Oke , cukup dulu untuk hari neh .
Esok aku nak ponteng kerana ada hari sukan je , jadi malas nak datang XD
Kbye :)

Day 12 - Apa Yang Ada Dalam Beg Makeup Anda

Entri num 2 .
Tajuk : Makeup .
Apa ada dengan makeup ?
Oke , aku terus terang yang aku jarang ber-makeup .
Selalu bila keluar pakai bedak compact dengan lip balm je .
Aku tak minat lah sebenarnya dengan makeup makeup bagai neh .
Nanti terasa macam lain macam jeh muka nya .
Kalau jalan jauh sikit , ada la juga pakai eye shadow or mascara ke hape , tapi tak banyak lah .
Nanti kalau pakai lebih lebih rasa mata berat lah , macam tak rata je pakai .
So , better kalau tak pandai atau tak reti baik tak payah kan .
Natural beauty lagi bagus kan ?
Oke , bye :)

Day 11 - Gadget Yang Anda Ada

Assalamualaikum dan hello people :)
Ouh terasa malas sungguh nak meng-update blog tambah tambah nak suka BESAR neh .
Dan cabaran yang sedang dijalani pon asyik tertunda dek kemalasan ku . Haha~
So , hari neh aku akan buat dua entri cabaran dan entri WW kalau aku rajin lah .
Oke , sekarang mari kita ke tajuk asal .
Gadget ? Apa tu gadget ?
Korang mesti tao kan ? Kata duduk zaman IT kan , haruslah tao .
Aku ? Gadget ? Ada ke ?
Aku pun tak tao la , haha XD *keSENGALan melanda*
Aku takut kalau aku ada habis punah ranah jahanam je bendalah bendalah tu semua .
Aku neh kan sedikit ganas , LOL .
Sambung ke entri seterusnya , terima kasih :)

Day 6 - Tiga Perangai Buruk Anda

Hello people :)
Second entri for today .
Perangai buruk ?
Apa ekk ?
Atoy , aku pon tak boleh nak fikir dah sekarang neh .
Aku bedal bedal je lah ae .

First , aku kuat jealous KOT .
Haha~ apa ku kisah .

Second , aku senang MARAH .
Awas , jangan buat aku marah .

Third , aku teramatlah MALAS kot .
Haha~ apa pon tak boleh .

Dah la , tu je kot , banyak lagi cerita neh nak share .
Wee~

Day 5 - Status Anda ? Relationship Anda ?

Assalamualaikum dan hello people :)
Good morning everyone , hope you guys have a nice day today :)
Sebelum tu , harap maaf kerana dah lama tak update blog .
Minggu lepas memang minggu yang sememangnya teramatlah sibuk selepas sambut birthday Mia tu .
Isnin dah sambut birthday Mia , Selasa busy dengan kelas , Rabu ada latihan kawad untuk hari Gerko , Khamis dah pertandingan kawad , Jumaat busy uruskan hari Gerko , Sabtu ada larian 1Malaysia dan Gerko , Ahad tersangatlah penat .
See , nak online sekejap pon tak larat . Sampai dah tertangguh segala cerita yang ingin diceritakan .
Jadi hari neh , aku on MC sebab sakit jatuh moto lagi hari tu . Ok , dah diam .

Nampak kan tajuk kat atas tu ? *kalau nampak , bagus*
Perlu ke tak ekk aku cakap apa status relationship aku sekarang ? *aku teramatlah sangat sedih*
Aku tak nak lah komen apa apa tentang neh .
Cuma aku nak cakap hubungan aku dan dia sekarang ada masalah .


Hubungan kami sekarang seperti tergantung . Awak , please dont break my heart ok . Saya sayang awak . Saya akan bagi masa yang awak nak tu untuk berfikir .
Dah la , aku takut bila aku cakap lebih lebih nanti orang akan menyampah pulakk *hati orang mana kita tao kan* kbye . Tunggu next entri , aku akan update banyak kot hari neh .

Day 4 - Benda Yang Anda Buat Bila Sorang Sorang

Hello people :)
Hari neh dah masuk hari keempat aku menyahut cabaran Cik Ezy . Hehe~
Oke , seperti tajuk di atas , ini adalah benda benda yang selalu aku buat :

: Layan Tumblr , dan like , dan reblog post yang menarik :

: Makan dan makan dan makan , itu pon kalau ada makanan lah :

: Dengar lagu atau menyanyi :

: Blogwalking , update blog :

Malas dah nak menaip panjang panjang . Penat sangat hari neh . Banyak sangat masalah datang kat aku . Nasib lah yang satu tu dah dapat settle dengan baik . Saya SAYANG awak !

Day 3 - Benda Yang Selalu Anda Buat Sebelum Tidur

Terpaksa buat dua cabran dalam satu hari . Semalam punya pasal tak online so tak dapat lah nak update . Hari neh ada kesempatan buat je la sekali . Hee~

Benda yang aku selalu buat sebelum tidur ialah :
~ Online sekejap
~ Bentang toto *aku tidur depan tv lah ngekk*
~ Kemas beg untuk hari esok
~ Basuh muka , gosok gigi
~ Tengok handset kejap
~ Baca doa
~ Terus tidur

Tu je la rutin aku setiap malam sebelum tidur .

Day 2 - Movie Yang Paling Best Pernah Anda Tonton

Grr~ Best gilakk movie neh . Aku baru tengok Ahad iaitu semalam . Gempakk ah , bunyi bila dia tumbuk tumbuk paling tak boleh bla , kuat gila macam nak gugur jantung pon ada . Haha~ Aku suka Zizan dalam movie neh , lawak gila siakk . Ayat yang aku engat : #s**l la kau , gua tak takot mati tapi gua tak nak mati , gua kisah apa lu abang long ka ayahanda ka ini KL gua yang pegang . Tu je ar antara dialog dialog yang aku hingat . Nanti aku cerita lagi tentang movie neh bila aku dapat gambar gambar hangout semalam .