Showing posts with label sekola. Show all posts
Showing posts with label sekola. Show all posts

Exam Day

Assalamualaikum dan hai :)
Ohh , tadi exam la weh . Nasib baik 3 kertas jeh , tu pon dah macam apa menjawab . Malam tadi baca sekali imbas jeh , mana nak masuk kepala otakku neh . Tadi kan aku exam BM , PI dan MT . Sepatutnya kena jawab 4 kertas tadi , tapi aku kan budak taknak ambil subjek Reka Cipta so takkena ambil lah . Oke , aku cerita satu satu ye . Bermula dengan kertas BM . Eh cop , pagi tadi kan aku datang awal gilaa siakk saing dengan budak budak bas datang , HAHA nyaso :D Sambung balik . Takada apa yang menarik lah pagi tadi , cuma time BM Cikgu Yusak yang jaga , kebiasaan dia akan check kelas bersih ke tak . Dan bila dia nampak akan sebutir sampah mulut dia akan mula memberi ceramah pendek dan dengan segera jugaklah budak budak 4SPM2 akan bergerak mengutip sampah di sekeliling meja . Start lambat habis pon lambat lah .
Then sambung kertas PI pulak . Masa neh Cikgu Tarmizi pulak yang jaga . Masih takada cerita best . Dia bagi kertas dan terus jawab lah . Lepastu dia boleh pergi berbual dengan mesranya dengan Cikgu Mesri yang jaga kelas 4SPM1 . Mereka berbual dekat luar kelas . Untung perlahan kalau kuat memang aku pon akan buat bising lah . Haihh , untungnya aku dapat duduk depan , sangat susah untuk aku cheating . Ngee~ >.<
Lepas tu rehat sekejap . Aku dengan kawan kawan aku duduk melepak sambil mengulangkaji kat luar kelas . Mula mula cerita biasa biasa jeh , pastu tinggal aku dan Eqa berdiri kat tembok sambil melihat ke kelas 4SPM3 yang jauh di bawah , yang lain semua duduk kat depan pili bomba . Aku dan Eqa seperti biasa saling meluahkan perasaan , tapi kali neh aku yang luahkan kat dia , dan dia akan jadi penasihat tak berbayar aku . Sampaikan cikgu dah masuk kelas pon kitorang still lepak kat luar lagi sampai cikgu panggil masuk . Nakalnya kitorang kan :P Eh eh , tadi kan tengah lepak lepak tu ada budak form 5 boleh letak mercun kat atas bumbung , gilaa kuat bunyinya sampai semua budak yang dalam kelas semua keluar . Terbaiklah seh main mercun kat sekolah . Pastu Damia boleh tanya 'Kalau kat sekolah dibenarkan bawak mercun meriam bagai , apa jadi' , pelik pelik je ekau tanya Damia oi .
Sekarang masa untuk masuk kelas untuk kertas yang seterusnya iaitu Reka Cipta dan ICT . Untuk budak yang ambil ICT takada masalah sebab takada antara diorang yang drop . Tapi budak budak RC , macam macam ragam . Dalam kelas aku tu ada lah dalam 7 orang yang taknak ambil RC termasuklah aku . Mula mula cikgu bagi kertas kat semua budak , pastu sampai dekat Era aku and Opiy tak cukup , so Eqa cakap kat cikgu yang budak nak drop tu kena ambil jugak ke , dah la kertas tak cukup kan . Cikgu pulak suruh pergi tanya cikgu RC kena ambil jugak ke tak . Aku volunteer diri nak pergi tanya . Tapi malas nak cari aku pergi jeh bilik guru jumpa Cikgu Huda yang selalu kena bahan dengan budaknakal seperti kami . Cikgu telefon je cikgu RC tu dan the happiest one cikgu RC kata takpayah . Pehh , macam nak melonjak je dalam bilik guru tu , HAHA :D settle masalah .
Kertas terakhir untuk hari neh MT atau AddMath . Yang keluar bab Logarithms and Coordinate Geometry . Log log tu boleh lah lagi layan sikit sikit , CG pon boleh jugak lah . Tapi bila dapat kertas makk aii , asal cenggini soalannya , pening aku der ! Padahal 11 soalan je tu , tapi aku jawab berapa je tadi , hampir penuh kertas jugak la . Harap harap tak gagal lagi lah , dah 2 kali gagal jeh . Doakan sama ye :)
Esok exam BI , MM dan ST . Buku tak baca lagi , madah online manjang . Adess~ Harap dapat buat yang terbaik je lah esok .

P/s : Sedih , kenapa dia privatekan wall dia ? Mesti ada yang dia sembunyikan tu . Nak nangis , huwaaaaaaaaaaaa :'(

Snap GileeKentang

Hai :)
Wuhuu , update lagi , winkwink ^^
Ini cerita hari Jumaat - 29 Julai 2011 .

Lokasi pertama : SMK Dato' Sulaiman terchentaa
Ahli candid : Putri Wafa Eqa Mia
Petang tu pergi sekolah nak pinjam baju dari budak 4SPM1 , nak pakai untuk pergi Johor Bahru esoknya . Janji nak keluar pukul 2.45 , tapi biasa la sampai rumah aku dalam pukul 3 *rumah aku selalunya jadi tempat menunggu* Eqa & Wafa naik JJK , Putri & Mia naik JLM *apa tu ? plat moto lah , nombor dia rahsia k* Then , gerak dari rumah aku dalam pukul 3.05pm , sampai selekoh nampak ada moto keluar dari Kg Pt Laman . Moto tu bawa slow je , Mia bawa la laju sikit . Bila dah dekat tu , aku tanya Mia "Mia , kat depan tu JLW ae ?" , Mia kata entah , aku cakap lah laju sikit "eh , betullah tu JLW" , lepas tu Mia potong moto & hon , tak lama lepas tu JLW tu kat sebelah aku & Mia , haa gila kamu sygs *JLW tu moto si dia saia* *dah lari tajuk pulakk* Dah sampai sekolah , terus masuk parking depan galeri . Pergi ambil baju dari budak 4SPM1 , then apa lagi time for SNAPSNAP lah . Tiga gambar dari atas gambar dekat sekolah .





Lokasi kedua : Tepi sungai Kg Pt Othman
Ahli candid - Putri Eqa Wafa Ain
Semata mata nak ambil gambar sanggup pergi hujung kampung cari port baik punya , HAHA :D Tapi tak apa la , bukan selalu pon dapat keluar jalanjalan macam neh . Naknak dah bulan puasa neh , memang kena kurangkan berjalan merempit bagai tu . Aku pon tak tao kenapa , tahun neh memang tahun gila candid lah sehh , asyik nak meng-candid jeh . Untung jeh tak ada DSLR , kalau ada tak lepas dari tangan agaknya . Everyday mesti keluar cari port baik , ambil gambar sampai tak ingat dunia kot , haihh macammacam ragam . Jom tengok gambar *malas nak upload banyak dan buat description*



Oke , sekian dulu untuk kali neh . Nak cerita pasal pergi JB pulakk . Memang gilaa ambil gambar dekat JB . Pemandangan cantikk la sehh . Tak puas woo :D

Main Belon Air

Hai people :)
Woo , hari neh kan cuti , jadi nak update banyak sikit lah .
*heyy , jangan bosan baca cerita aku taw*

Hari Isnin hari tu KAMI yang gilagila dan kebudakbudakkan neh plan nak main belon air . Kalau dekat padang dekat taman ke oke lah kan , neh kat sekolah . Dah la time tengah isi air dalam belon tu budakbudak petang tengah rehat , taknak segan pulakk kan . Apa kami kisah , yang penting kami enjoyy . Actually , neh rancangan Opiy & Damia , tapi kami-Putri Wafa Ain Eqa nak join . Tapi malangnya hari tu Opiy tak ada , atuk dia accident & meninggal hari Rabu lepas . Salam takziah buat Opiy sekeluarga :/ Dan nak taknak kami teruskan jugak la rancangan neh tanpa Opiy . Sememangnya hari tu memang seronok sangatsangat & budak lelaki 4SPM3 ada jugak tapi time tu mereka ada kelas & mereka juga gilagila & ngokngek macam kami , HAHA ;D Mari kita view gambar keyh .



Gambar 1 : Masa neh dah nak balik dah . Padahal gambar neh diambil secara spontan tapi lawa pulakk . Took by Eqa .
Gambar 2 : Neh pon nak balik dah . Took by Zira .
Gambar 3 : Sebelum belon tu dibaling kami posing dulu . HAHA , bedalbedal jeh .

P/s : Aku bosan bila asyik diganggu oleh ex aku , sibuk nak jumpa sebab nak cerita pasal masalah dengan awek dia , heyy masalah kau pandaipandai lah settlekan sendiri , huh !

Hari Gerko atau Keusahawanan 2011

Assalamualaikum dan hai :)
*straight je la ae*
Actually , event neh dah lama , dalam 2minggu yang lepas .
Sama dengan larian 1Malaysia tu haa .
*oke , aku tak lari masa tu , ngelat kejap*
Macam biasa lah , layan gambar je .
*gambar menerangkan segalanya kan*








~ Gambar pagi ~
Gambar 1 - Kanak² tengah warm up untuk larian dan dengar taklimat dari cikgu .
Gambar 2 - Gambaran hadapan gerai REKACIPTA .
Gambar 3 - Keadaan di belakang gerai apabila kanak² lelaki berkumpul .
Gambar 4 - Di gerai kelab PENGGUNA *ada sebab aku ambil gambar neh even tak ada kaitan*

~ Gambar tengah hari ~
Gambar 5 - Lepak di padang setelah penat berniaga kononnya .
Gambar 6 - Kami , oh gegirl , di belakang gerai , masing² pon dah tukaq baju .
Gambar 7 - Mereka , oh boboi , snap sempoi , smart ouh picxa neh .

Thats all , malas nak cerita , cerita dah lapukk kan .
Gambar² credit to : Keman Isautai , Izzaty Opiy , Farah Atikah *thanks all
Kbye :)

Day 14 - Perkara Menarik Yang Anda Lakukan Hari Ini

Assalamualaikum dan hello people :)
How's your day today ?
Hari aku suck , rasa macam dah tak ada mood nak buat apa apa .
Buat itu tak kena , buat ini pon tak kena .
Hmm , aku pun tak tao apa kena dengan aku sejak kebelakangan neh :/

Berbalik kepada tajuk di atas , perkara menarik .
Hari neh tak ada yang menarik kot pada aku lah .
Sebab setiap hari yang aku lalui sekarang dah kurang menarik bagi aku .
Tapi aku nak cerita apa yang aku buat sepanjang hari neh .

Start dari pagi k .
Pagi tadi aku pergi sekolah kerana terpaksa dan dipaksa oleh Aen . Ikutkan hati memang malas nak pergi , baik duduk rumah lagi bagus dari kena ngadap muka k.***** tuh , IHY , girl ! -,- Lagipun hari neh kan hari sukan seMalaysia kan . Aku terpaksa datang sebab ada orang suruh aku tolong jual untuk gerai RC tapi kan orang tuh tak ada pon tadi , orang tuh memang sengaja sebenarnya . Siap la kamu , aku settlekan nanti *aura keJAHATan dah datang* Aku tak tolong banyak sangat lah tadi sebab aku tak larat , pagi tadi datang datang je terus nampak si dia dengan LC dia tu , lepas tu dapat news yang agak kurang menarik untuk didengar , time tu jugak aku nangis diam diam , memang luaran je nampak happy tapi dalaman jangan cakap la sakit tambah sedih tambah geram tambah marah tambah macam macam la . Nasib baik lah Aen pandai ambik hati aku tadi , dia faham keadaan aku sekarang , so dia tak paksa sangat aku buat kerja yang aku tak berapa rela nak buat tu . Dan aku menjual makanan tapi aku sendiri tak makan , dah la kat rumah pon tak sempat nak sarapan *aku sengaja* Time tengah rehat rehat tadi adalah orang yang aku hate tu lalu , memang aku menyampah sangat dengan dia , apa entah salah aku , sampai nak sakitkan hati aku segala . Tapi aku sabar je , aku pon tak tao sampai bila aku boleh sabar nak hadapi semua neh *aku tao semua neh dugaan* Bila time nak balik tu , aku duduk relax je , aku tak tolong kemas gerai ke apa , just duduk dan tengok je *jahat kan aku* . Tutup cerita pasal neh , nak cerita serba sedikit tentang sukan . Oke , tadi ada lah jugak nampak si dia lari tapi sekali je sebab malas nak ambik tao . Sukan tahunan kali neh rumah HIJAU yang menang . Tak pernah pernah oke . Masing masing pon malas nak bersukan dan tak ada semangat nak bersukan . Kenapa tahun neh kan sukan buat tengah tengah tahun ? ==' Macam tak best lah kan . Lepas tu dalam pukul 11.30 majlis selesai dan bersurai . Ha , one more thing ! Pengetua SMK Dato Sulaiman nak kena tukar . Alamak , tak best taukk . Dah la tukar pengetua perempuan . Memang akan terasa sangat sangat kebakaltidakadaan En Misli , pengetua yang sangat penyayang gilaa . Ouh so sadis . Cikgu , kalau dah pindah nanti jangan lupakan SMK Dato Sulaiman yang terchentaa neh taw . Huhu~

Balik rumah pulakk .
Aku tak buat apa apa . Balik dah penat , jadi dengan tak mandi aku terus terlena tanpa diulit mimpi pon di sofa . Jadah kan , tidur waktu tengah tengah hari . Pukul 3.30 petang baru aku bangun . Then bersihkan diri , makan , semua tu aku sambung baca novel . Dah tu mak aku suruh pergi kedai pulakk . Pergi je lah kan sekurang kurangnya tak ada lah asyik terperap kat rumah je . Tapi bila aku dah pegang handle motor tu jangan cakap lah , paling slow aku rasa aku bawak dalam 70-80 , nak nak time aku tengah frust sangat sangat neh , memang laju lah aku akan bawa *salah satu cara melepaskan geram* Then aku beli aiskrim , balik rumah aku duduk kat luar mengadap ke arah jalan raya sambil makan aiskrim . Aku tertunggu tunggu sepetang kot kot si dia ada ke lalu kan , tapi tak ada pon , aku harap sangat dia akan lalu , dengan perasaan yang agak sedih aku masuk ke rumah setelah habis aiskrim aku makan .

Hmm :/
Rasanya tu je la kot cerita aku untuk hari neh .
Maaf lah kan lambat update .
Nanti cerita lagi .
Kbye :)

No Wordless Wednesday , Im Gonna To Type And Story And Story :)

Assalamualaikum dan Hello :D

Orang biasa buat cerita WordlessWednesday(WW) hari neh . Sekarang kan tengah trend blogger update tentang WW neh , tapi setiap hari Rabu je la biasanya . Selalu orang letakk gambar je la , kan gambar menerangkan segalanya . *intro saje* Oke , tapi aku tak nak WW hari neh , aku nak story 2things or maybe 3things . Kalau rajin buat entri lain lain bagi setiap cerita , kalau malas gabung satu saje lah . Oke , sekarang malas nak mengarut panjang panjang . Actually , intro aku dah taip petang tadi , tapi member ajak keluar tu yang tak sempat nak habiskan menaip .

Cerita 1 : Keputusan KIMIA
Kenapa keputusan KIMIA yang jadi cerita ? Kenapa tak keseluruhan keputusan ? Aku malas nak cerita pasal keseluruhan keputusan , yang aku tao mungkin better dari Penilaian 1 . Kalau nak tao , tunggu Hari Terbuka Jumaat neh . Nanti aku cerita lah ae , taknak cerita sekarang , kasi suspen sikit . Oke oke , balek tajuk asal . First aku nak ucap syukur sebab aku antara 11 orang dalam kelas yang lulus Kimia even dapat D *kira lulus la tu kan , dah diam , baca je terus* . Aku pon tak sangka sebenarnya aku boleh lulus dan macam tak percaya 11 orang je yang lulus bila cikgu cakap semalam . Dah , taknak cerita lebih lebih , nanti dikatakan riak lah pulak kan . Aku nak selitkan sikit cerita AddMath . Haha~ aku gelak je kot walaupon sedih bila tengok keputusan AddMath . Sedih sebab dapat G *apakk ah , tak ada perasaan siakk minah neh , slamber dek dia je* , kelakar sebab naik 3 markah je dari Penilaian 1 dulu . *jadah je aku jawab AddMath*

Cerita 2 : Kena Panggil Dengan GPK1
Dushh ! Tak nak cuakk pulakk kan bila kena panggil dengan GPK . Nak tao tak sebab apa ? Sebabnya keputusan periksa budak budak kelas aku gilaa teruk kuasa tak tao nak cakap lah . Aku pon antaranya kot . Untung 1 je GAGAL . Tapi yang paling teruk Fizik dan Kimia lah . Cikgu bagi pilihan nak tukar ke Sains dan Sains Tambahan atau tak . Dan majoriti pilih nak tukar , tapi kalau ikutkan cikgu memang cikgu tak bagi tukar lah . Aku pon tengah confuse sebenarnya neh . Anyone , help me ? Cikgu cikgu pon dah tao pasal kelas kitorang yang nak kena bubar neh dan cikgu cikgu pon nasihat pilih ikut minat . *aku poningggg tak tao nak tukar subjek ke tak*

Aku malas nak kusutkan otak lagi . Cukup dulu lah kot cerita kali neh . Esok esok cerita lagi . Lagipon malam dah nak ke Subuh *haha , tipu je*




P/s : Horeyy ! Hari neh dari pagi aku ternanti nanti je trak polis sampai . Engat pagi lah kan sampai , petang rupanya . Aku happy dea sygs dah balik camping . Boleh jumpa lepas neh , dekat seminggu tao tak jumpa . HAHA :D *happy terlebih*


Kegilaan Semasa Di Sekolah

Hey readers ! Hey followers !
Malam neh aku agak rajin meng-update story dekat blog sengal neh .
Maybe 2-3-4 hari nanti baru update lagi .
Straight to the point je lah , malas nak mengarut memalam neh .
Gambar² neh semua diambil pada hari Jumaat - 17 Jun 2011 .

Kamera ---> Cik 'Raraa
Kameragirl ---> Aen Senyum
Model² ---> Cik Puteri , Damia Ezzatul , Cik Ni , Budaq Khace Mate , Cik 'Raraa
*ah sudah , cakap nama pon pakai nama fesbuk , haha*

Sekarang , rajin² kan tangan anda meng-scroll ke bawah lagi ye sampai la habis story morry .
Mari kawan² semua kita tengok gambar .




Gambar 1 : Snap by Aen . Kamithegeng dengan inche lelaki yg bernama Hafizal . Bapakk ah , dia gila tinggi taukk ! Kami tengok dia kena dongak tao . Tengok je la kaki dia yg panjang tunjang tu .

Gambar 2 : Kamithegeng dengan cik perempuan yg bernama Adila dan Maizatul . Masa neh kami tengah tunggu cikgu masuk kelas je , masa tu dah habis rehat dah pon .

Gambar 3 : Snap by Rara and Mia . Diambil pada waktu pagi yg hening sebelum nak ke dewan untuk bacaan Yassin dan Tahlil . Penat ok nak menapak turun balik padahal time tu baru je naik .

Gambar 4 : Aksi gila² dan pose sempoi saja . Kami saja menghabiskan masa dengan meng-candid , meng-snap gambar . Kami di bawah dan cik kameragirl di atas .

Sememangnya , cik kameragirl kami seorang yang kreatif dalam bab² mengambil gambar neh . Mungkin gen ayah dia yg kameraman turun kat dia kot . Jadi , berpandukan dia macam² gaya kami boleh buat . Dan gambar juga boleh menceritakan segalanya , bukan ?

Masa Senggang Time Exam

Hey readers ! Hey followers !
Ta tau dah nak hupdate pasal apa . Just nak kasi korang semua tengok gambar gambar . Semua gambar neh ambil masa exam hari tu . Kan ada masa masa tertentu kita ta ambil paper tu kan , time tuh la kami snapping . Kan dah cakap gila lensa . Budak yg gila lensa memang macam neh . View je lah ae , malas nak cerita panjang panjang .



Gambar first : Masa lepak dekat tangga . Almaklumlah kelas aku kan dekat tingkat4 . Kat atas tu kan macam kitorang sukahati nak buat apa . Cikgu pon ta jaga sebab kitorang kan ta ambil paper time tu .

Gambar second : Itu Nani & Rara (yg duduk kat atas) , Wafa & Eqa ( yg duduk bawah) . Aku ada tapi duduk dekat bawah lagi sebab tu ta nampak . Aku tengah buat aksi gila gila sambil berbual dengan member aku yg lain .

Gambar third : Kamithegeng dengan beg DOMOKUN . Saje saje nak plessing . Ta salah kan ? XD Saje tulis DOMO-CHAN , sebab aku suka nama tu .

Neh kan antara kenangan kenangan zaman sekolah . So kenalah grab the opportunity dekat sekolah , cari kawan jangan jadi kera sumbang . Semua neh kita akan ingat sampai bila bila , betul ta ?

Third Week a.k.a Last Week Exam

Hey readers ! Hey followers ! Hey stalkers !

Setelah seminggu ta update story dekat sini , aku kembali dengan cerita baru . *baru ke ? baru la jgk kott , baru habis tengah hari semalam .
Straight to the point dulu lah , aku nak review paper yang aku hadap sepanjang minggu neh .

Prinsip Akaun 1 : Pada aku agak sonangg lah sebab ABCD je tapi ada lah jgk kan aku hantam saja . Bila dapat kertas 25 pon ta sampai per 40 ukee . So sad ouh .

Fizik 1 : Sedang² saja . Aku takut ta lulus je . Hmm

Fizik 2 : Manyak susah gilee woo . Aku jawab bedal² jeh ritu . Tah apa la yg dapat nanti .

Sivik dan PJK : Boleyy lah , bukan masuk dalam kiraan markah pon , so ta amek port sangat tuk paper yg dua neh .

Sekarang , gilee lega dah lepas dari beban exam selama 3minggu neh . Lama tao nak tunggu abes 3minggu . Tinggal tunggu dapat result je lah . Apa la yg akan aku dapat nanti ekk . Harap² ada A dan paling koman pon 1G tapi kalau buleyy ta mao ada G lah kann .

P/s : Cuti² pon sempat lagi cikgu bagi homework masa tengah exam semalam . Naseb baek sikit je , kalau ta aku malas nak buat , haha :D Cuma ta sempat nak mintak kelas tambahan je nan cikgu . Nanti busann ler 2minggu cuti ta buat pape . Huhhu~

Hari Guru 2011

Hey readers !
Pada pukul 1.03 am aku mula menaip entri neh . Di waktu orang lain sedang enak dibuai mimpi aku pulakk keseorangan meng-online pagi² yang agak buta neh . Sunyi sepi jeh tapi aku suka , tak de lah orang nak kacau aku kann . Busann gilee kuasa 41 bila sorang pon kawan aku online , tadi masa mula² online ada gak lah sorang dua sekarang tak de . Hishh , dah memang waktunya orang tidur sekarang kao jeh yang menggedik nak online . HAHA~ :D

Balik ke tajuk yang asal , kat atas tu baru pendahuluan . *mcm buat karangan ler pulokk* Walaupon Hari Guru dah lepass tapi mungkin belum terlambat lagi kott untuk aku update story about this day . Macam² persembahan ada hari tuh antaranya drama , nyanyian , satu tak buleyy nak bla ada dikir barat . Macam tak kena lah kan , tema tahun neh kann 60-an tetiba ada pulokk dikir . Tapi tak dinafikan lah budak² dikir memang best lah . Sayangs aku tuh pon ada , saya suka tengok dia kat atas pentas hari tuh . Hee~ Dah malas lah cerita panjang² , tengok je gambar² kat bawah neh . Curi dari Pak Latip , kawan fesbuk .

: Neh budak form5 berlakon , acting diorang jadi der , sampai menang number1 :
: Neh budak batch aku , form4 berlakon jugak , terbaek jugak lah der :
: Time cikgu² nyanyi , lagu pe tah ta engat pulokk :

: Cikgu laki² pulokk nyanyi , Cikgu Shahrul kononya pemain gitar jalanan nak ganti Kasim Selamat :

: Pengetua and Cikgu Hailmy merempit naek vespa dalam dewan :

: Pentas yang telah didekorasikan :

: Eqa , Damia , Wafa , Putri yang menjadi penonton dan juri ta diundang :

: Wafa with Lia , budak comel :

Aku dah penat memerah otak untuk memberi idea tapi dia ta nak bagi bebanyak , so sekarang aku stop dulu story sebab tangan aku pon dah penat . Jumpa lain waktu .

Second Week Exam

Masuk minggu kedua periksa otakku dah macam blurr² banyakk . Nak study pon macam nak ta nak jeh , pastu time periksa terkaku bila tengok soalan yang gampang macam siput sedut , ta tertulis oleh tangan akan apa yang sudah dibaca dan tertanya-tanya macam mana nak jawab . Sememangnya memang kental lahh . *adehhaii , apa yang aku merepek merabu meraban neh* haishh~ Sekarang nak jadi juri untuk kertas² periksa untuk minggu kedua neh .

KIMIA 2 : Memang wa cakap lu , susah tahap menyusahkan . Aku pon poningg tengok soalannya yang entah lahh . Dengan chemical equationnya , jisim molar lah , isipadu gas lah . Adeyy , pasrah je lah .

ADD MATH : Neh ta payah cakap lah , memang semulajadi dari tamadun Mesopotamia susah sangat . Aku pon ta reti nak buat macam mana . Kalau jalan kerjanya pendek jeh oke la jugak , neh berjela-jela sampai ta cukup kertas .

KIMIA 1 : Agak senang lah tapi masa dia bagi ta cukup siakk , lagi setengah jam nak habis masa aku baru buat sampai soalan 25 dari 50 . Bayangkanlah macam mana tergesa-gesa , tergopoh-gapahnya aku siapkan .

PRINSIP AKAUN : Gilee gempak kuasa 41 soalan dia . Ada senang ada susah . Dah lah KK ta imbang , banyak yang salah format kott . Entah apa jeh yang aku jawab untuk akaun neh . Ahh , bedal ! Janji jawab .

Tapi kann , periksa kali neh aku langsung ta tanya orang sebelah jawapan apa lagi orang nak tanya aku . Toyol pon aku ta buat taw . Tabikk ah kat diri aku *orang ta nak puji aku ye aku puji sendiri* kahkahkah :D Semua aku buat sendiri oke . Biarlah sesusah mendaki Gunung Kinabalu sekalipun soalan tuh aku try jugak buat sendiri . Itulah yang terbaik sebenarnya kann .

Webcam Di Sekola

Hey readers ! Hey followers !
Aku dah ketandusan idea , ta tao nak citer pasal ape . So , aku nak bagi korang tengok jeh gambar² yang entah pape neh . HAHA~
Gambar² neh kitorang amek sebelum start and dah habis exam . Kitorang yang kekurangan kerja neh bawak netbook yang ta sepatutnya buleyy bawak ke sekolah semata-mata untuk online . Tapi aku ta lah sebab kat rumah dah ada line wifi yang laju lagi pantas . HAHAK~
Layannn :)




Gambar² yang terpilih hanyalah yang ditunjukkan jeh . Yang laen² private and confidential lah . Dan gambar² di atas telah diedit oleh aku sendiri di pacik Picnik . Kegedikkan betol kann . HAHA~

Exam Week :(

Arrgh , minggu depan bersamaan 9mei dh start mid-year exam sampailah sebelum cuti nanti . Adehh , macam ta reti ag jeh . Yang penting aku tanak gagal ag macam Penilaian 1 dulu . SUMPAH , aku nyesal gila sebab ta buad revision betoi² . Resultnya , 2G . Hah , hambek la kao Puteri . Nasib baek ta kena marah masa tunjuk result kadd ayah ritu . Cikgu kata kelas SPM1 and SPM2 kena dapad sekurang²nya semua B . Adess , aku takudd , cuakk , semua lah . Dah la ekod format SPM , pastu masa dia ag , sampai 2jam dekadd 3jam . Haihh , sabau je la . Budak sekola memang gini . Nak buad macam mana , nak tak nak kena nak jugak . Kenapa lah kena ada P E P E R I K S A A N ?

P/s : Ta suka ada P E R I K S A !

Kerja Gila , Tiada Kerja

Neh la karya antara Puteri , Damia , Wafa dan Eqa .
Asalnya saja maen conteng² kertas sambil bercerita .
Tangan kami tidak bulehh duduk diam , mesti kena pegang pensel atau apa² lah .
So ini kerja kami bila cikgu ta masuk .


*Klik pada gambar untuk melihat*
Thats all . HAHA

Kami suka buad KERJA GILA ~!

Tengok Roket/Lepaking Time/Mengedating xD

Sejak berkawad tuh asyik ta lekadd jeh kadd ruma bila petang . Pagi pergi sekola , balek tengahari , petang pergi balek . Kalao ta kawad , melepak , kalao ta melepak , ada kelass . Mak aku pon dah bebel² jeh . HAHA~
Tapi kali neh aku pergi sekola sebab tengok orang buad roket . Sambil² tuh ada jgk la duduk bual² nan si dea sygs . Rabu Khamis aku pergi tengok orang buad roket . Hari Rabu dea orang testing dulu , hari Khamis baru pertandingan . Tapi pergi sekola hari Rabu paling best sebab dapad date lama sangad sampai buda petang balek kitorang pon baru balek . Ngee~

Hari Rabu. . .
Pergi dalam pukol 3.00 p.m. Biase deh , petang² merempit lah . Mula² pergi naek tingkat4 kejap ber-jalan² , then turun pergi duduk bawah pokok tepi padang . Sampai tuh dh nampak si dea sygs kadd pondok tepi padang dengan kawan² dea . Biarlah dulu kan , tapi biasenye dea yg datang dekadd aku . Hohoho~ View gambar dulu lah mcm biase xD

< Masa naek tingkat4 >
: Damia (selamber derk berjalan) : 

: Puteri (cubaan berani duduk atas besi tuh) : 

: Wafa (steady jeh atas tangga) :

< Tepi padang > 
: Wafa hide and see with Mia : 
: Wafa with Eddry : 

: Puteri with si dea sygs (nama secret oke) : 

: Dekad bangunan 4tingkat lagi (tersesat pulokk) : 

: kami lagi (suke tgk mata dea , SEPET tp tamao ngaku) . ILY , b ♥ ! Dont steal him : 

: Mia with Eddry (her ex) : 

: I dont know why i adored this pic much . Maybe because of the people behind : 

: Bersantai di tengah padang :

: Eddry , Mia , Amin : 

: Eddry , Afa , Amin : 

: Afa hide and see with me : 

Story untuk hari Rabu not finished yet oke . Lepas dea org siap testing ada yg balek ada yg tinggal sebab mao ekod melepak antaranya Si Dea Sygs , Syafiq , Amin , Eddry , Puteri , Mia , Wafa . Tengah melepak hujan pon turun dengan lebat yg amat . Berlindung bawah pondok tepi padang tuhh , tapi ta tahan akan kesejukan yg melanda kitorang naek tingkat4 duduk kadd tangga jeh . Dan mereka² yg laen tuh seperti memahami aku dan dea . Tida mengganggu langung kami date . Hoho~ Tapi kami ta buad pape pon cuma duduk berbual kosong . Dalam pukul 6.15 p.m kitorang balek redah je la hujan tu kalao ta bila nak balek an . Ta boley lupa meh . Ngee~

Hari Khamis. . .
Aku datang sebab tengok pertandingan roket . Mula² cikgu offer kelas 4SPM1 and 4SPM2 jeh . Tetibe ada pulak kelas 4SPM3 and 4SPM4 pon join . Jeles la tu cikgu ta offer dea orang masa mula² tuh . Ta sempat mengedate sangad lah . Habis dalam pukul 5.00 p.m. lebey . Dea nak balek aku pon nak balek awal . Hmm >.<

< Lokasi : Padang >
: Fifah with Izaty (semard kan gamba neh ?) : 

: Si Tunjang Kemeng a.k.a Farid with Si Toncet Damia : 

: Damia , Wafa , Puteri : 

: Opiy with Wafa : 

: Afa with Mia (ada gaya) : 

: Adored this pic too , masing² dgn gaya sendiri :

Nothing much to say about the day . Thats all story for this entry . Till the next entry .
BI terabur . HAHA~ Sabo je lah !