Showing posts with label Photoholic. Show all posts
Showing posts with label Photoholic. Show all posts

Raya Bersama Kawans Versi II

Assalamualaikum dan hai :)
Kini kembali untuk meng-update lagi cerita tentang raya .
Kami kalau raya memang buat dua hari setiap tahun .
Dan orang orang yang berkonvoi lain lain setiap tahun .
Tapi paling teramat best tahun 2011 neh la sebab dengan budak budak kelas .

Hari : Jumaat
Tarikh : 9 September 2011
Waktu : Lepas solat Jumaat
Rumah yang menjadi mangsa terjahan : Maizatul , Adilla , Ain kecik , Fazeera , CikguMisroh , Iskandar , Jamil(si dia saia) , Puteri(saia)
Ahli konvoi : Lelaki - Latif , Syafiq , Amir , Jamil , Aqif
Perempuan - Ain , Syafiqah , Wafa , Puteri , Izzaty , Damia , Maizatul

Oke , sekarang baca aku nak cerita sikit . Baca je jangan nak merungut bagai , hahak :DD
Hari tu , lepass habis je masa solat Jumaat , terus siap siap dan gerak . Tempat berkumpul kali neh kat depan sekolah . Tunggu punya tunggu punya tunggu Si Pasangan Couple - EqaSyafiq dan Ain , dah lambat sangat la kan *baru pukul 3 padahal* , yang lain lain tu gerak dulu . Ehh cup cup , masa mula mula Si Aqif dan Jamil tak ikut . K sambung sambung . Mula mula gerak pergi rumah Mai dekat Parit Pulai , lepastu ke rumah Adilla dekat Parit Gantong , lepastu ke rumah Ain kecik dekat Parit Tegak , lepastu terus ke rumah Era dekat Jalan Muar , ha sampai rumah Era dekat pukul 4 pm , dekat sini baru Eqa Syafiq Ain Latif join , lepastu ke rumah CikguMisroh pulakk , hey dia cikgu Prinsip Akaun kami , mula mula pergi cikgu tak ada , pastu dekat jalan nak keluar Taman Bintang tu nampak cikgu balik , kami pun pusing la balik ke rumah cikgu , dekat rumah cikgu kami buat bising dengan suara kami sajee sampaikan cikgu pun tak terlayan *kesian cikgu* , masa nak balik dari rumah cikgu barulah Si Aqif dan Jamil datang tapi tak sempat masuk la , kemudian pergi rumah Iskandar bersamaan dengan rumah Cikgu Nurah dekat Kampung Dalam , itu pulakk cikgu Sejarah kami , untung betul kami pergi hari tu , kebetulan cikgu masak masak sebab budak 6 bawah raya sekali , agak lama kami dekat rumah Iskandar , almost 40 minutes , paling tak boleh nak lupa member member perempuan suruh aku jealouskan si dia sygs , mereka suruh ambilkan makanan untuk Latif dan bagi sendiri , masa tu budak lelaki semua duduk dekat beranda luar , tapi aku jenis orang yang tak sampai hati nak buat macam tu , so aku tetap ambilkan untuk si dia dan bagi sendiri dekat dia dan suapkan sekali *si dia neh memang manja teramat* Oke , kat bawah neh semua gambar dekat rumah Iskandar dan diambil menggunakan kamera Iskandar . Sangat sueyy raya hari tu sebab sorang pon tak ada bawa kamera *sungguh haru*



Oke , nak tahu kenapa dengan kaki Is tu ? Ada budak yang tersengalan tak tahu la dengan sengaja atau tak tersepak kaki dia masa main bola . Dah kena simen bagai kaki budak sorang tu . Is , cepat cepat la baik , kami nak duduk kelas atas balik , bosan tauk kelas kat bawah tu . Keluar dari rumah Is , pusing pusing Parit Sulong kejap , then budak budak neh tanya nak pergi mana pulakk , kami pun tak tahu arah tujuan lepas tu , then Amir kott tanya nak pergi rumah Jamil tak , kami tak kisah dan Amir terus call dia . Ramai ramai pergi terjah rumah baru dia , apakk seram neh nak masuk rumah dia , jumpa mak dia bagai , adoyaii . Untung la dia duduk dua orang je dengan mak dia . Mahu tak mahu redah je la , ramai ramai kan , bukan aku masuk sensorang . Gilaa besar la seh rumah baru dia tu . Oke dah habis cerita kat rumah dia .
Pastu ingatkan dia dah taknak ikut beraya so decide nak pergi rumah member aku kat Parit Sentang alih alih dia nak ikut pulakk , depan mak dia taukk aku tanya dia "Yunk , nak ikut lagi ke" , memang kelass kau jah la kan , HAHA :D Tak jadi nak pergi rumah member aku , kami terus ke rumah aku la . Disebabkan hanya beberapa orang saja yang belum raya rumah aku , hanya yang beberapa tu je la yang masuk termasuk dia , yang lain semua duduk melepak kat luar rumah . Nak dijadikan cerita yang bukan dongeng , si dia sygs masuk sorang sorang dalam rumah dan salam dengan mak aku , hah amik kau kata nak jumpa sangat dengan mak kan sampai kena kurung dari luar .
Pengalaman hari tu jugak sangat sukar untuk kami lupakan , masing masing beraya ada partner , haha suka suka suka . Aku sayang kau la gilee , harap tahun depan dapat beraya bersama lagi , terimakasih untuk hari tu :)


Raya Bersama Kawans Versi I

Assalamualaikum dan hai blogger :)
HAHA , tersangat lambat lah kan aku meng-update cerita untuk raya neh *kesah plak aku :P
Straight to the point je lah kan , dan taknak cerita panjang lebar .

Hari : Ahad
Tarikh : 4 September 2011
Perjalanan : Dari Taman Sri Sulong(Parit Sulong) ke Bukit Naning(Muar) ke Parit Jabong(Tongkang Pechah)
Ahli konvoi : Lelaki - Iskandar , Hafiz , Razien , Syukri , Nabawi , Shahruzi , Syafiq , Latif , Aliff
Perempuan - Fazeera , Nanie , Ain , Wafa , Puteri , Syafiqah , Damia , Izzaty

Ha neh nak cerita sikit la , sikit je .
Patutnya kan kami konvoi ramai ramai tu *konvoi seronok bermotoran* hari Sabtu , tapi disebabkan aku masih kat kampung kat Terengganu tu terpaksa ditunda . Itu pun ibu aku nak balik hari Ahad , aku merayu rayu ajak balik hari Sabtu . Nasib baik lah dapat pujuk , gerak dari Terengganu pukul 5.30 pm sampai Johor dekat pukul 2 am . Penat tak penat terpaksa redah je la , kalau tak masa bila lagi nak beraya *lepas tu kan dah naik sekolah so mungkin tak sempat* Jom tengok gambar , itu antara yang cantik je la di-upload untuk mencantikkan entri neh *bhahax , perasaan betul*





Sesungguhnya perjalanan hidup pada hari itu tersangatlah indah , ceria , gembira dan segalanya lah . Andai dapat diulang tayang pasti aku rakam punya la . Kami takkan lupa kenangan pada hari itu . Pada hari tu , kami merayap sejauh-jauhnya , bergotongan naik motor , ambil gambar gilaa gilaa . Harap tahun depan dapat enjoy macam neh lagi even kami kena hadap exam yang menentukan jalan hidup kami , SPM .

Buka Puasa #ceritalapuk#

Assalamualaikum dan hai :)
Maaf kelambatan meng-update blog , sebab malas lihat jawapan entri entri lama . HAHA~
Malas nak cerita panjang , cakap isi penting je dan bagi tengok gambar .

Hari : Isnin
Tarikh : 22 Ogos 2011
Tempat : Restoran Etika Emas , Taman Sri Sulong
Cikgu : Cikgu Huda (guru tingkatan 4SPM2) , Cikgu Ain Cikgu Ejam Cikgu Yus (guru guru praktikal)
Budak : Puteri , Ain , Syafiqah , Wafa , Damia , Izzaty , Fazeera , Farhanani , Latif , Hafiz , Syafiq , Razien , Farid , Iskandar , Syukri .

Minggu terakhir puasa . Raikan guru guru praktikal yang akan berakhir khidmatnya pada minggu tu jugak .





Takkan aku lupakan peristiwa hari itu . Terlalu indah untuk dilupakan .

Trip To Johor Bahru

Assalamualaikum dan hai bloggers :)
Sorry for the late update , kinda busy .
Eh , minggu depan exam , satu hape pon tak ready lagi , adoyy =='

Actually , cerita neh seminggu yang lepas .
Sekolah aku under Pusat Sumber buat lawatan ke Kota Iskandar hari Sabtu - 30 Julai 2011 . So KAMI - Aen , Eqa , Mia , Pu3 dan ada la budak² lain lagi yang join kan , konon² enjoy sebelum puasa lah , tapi memang betul pon :P Sebelum tu nak cerita kerja gila kami masa hari Khamis sebelum trip tu . Hari Khamis tu kena confirm siapa yang nak pergi , then kawan² aku ada yang belum tanya ibubapa lah apa lah , masa pagi Khamis tu masa Mathematics by my class teacher , kami gelarkan handphone dia telefon awam bergerak , HAHA *soryy cikgu* kami pinjam handphone cikgu Huda telefonKAN ibu² yang berkenaan , tapi tak dapat pon , kami mainlah Xperia cikgu tu *diam² je , cikgu tak tao ukee* Hari Jumaat pulakk Zainina , Nabilah & Zawin tanya cikgu Rosmawati yang akan membawa kanak² SMKDS ke JB tu , nak kena pakai baju apa semua² lah kan , cikgu pon berkata hendaklah memakai baju yang berkaitan dengan sekolah , adess tak suka betul . Itu yang pergi pinjam dengan budak 4spm1 seperti yang telah diceritakan dalam entri bawah neh . Oke , terus ke hari Sabtu . Hari yang dinanti untuk meriangriakan diri . "Hey JB , here we come !" Gerak pagi tu dalam pukul 7.00 am dan terus menuju ke Kota Iskandar dan sampai dalam pukul 9.30 am . Mula² ke Puteri Harbour , Puteri Harbour neh dalam Kota Iskandar tulah . Actually , tempat neh dia nak buat macam Putrajaya tu ha dan tempat dia memang luas gilaa apakk ah tapi belum siap sepenuhnya la serta dijangka akan siap pada tahun 2017 *huyy , lama lagi tu , boleh la buat reunion 4spm2'11 kat sini* Mari jalan² tengok gambar :D




Yang atas sekali tu tempat kapal² mewah . Tengok tu besar² kan kapalnya . Nak pergi kat bawah tu guard dia tak bagi pulakk , kedekut ohh , kalau tak dapat buat photoshoot stail wedding punya , HAHA :D Yang tengah pulak kami berempat yang gilaSNAP gilaSENGAL , dah ada nama tu baca sendiri la . Ha nampak tak siapa yang pakai baju sama tu ? Itu DAMIA , itu PUTRI . Kami KEMBAR hari tu , banyak gambar kami berdua tapi malas nak upload banyak² , kalau nak tengok add la fesbuk Eqa tu yea . Oke , sekarang kita pergi ke Kota Iskandar pulakk ye . Besar gilaa ohh tempat neh , sampai tak larat den nak pusing satu tempat tu . Orang lain siap masuk bangunan tu bangunan neh , ada jugak yang lepak bangunan yang first masuk tu , kami pulakk stay kat tengah² antara bangunan² tu , penat ohh kaki . Jom tengok gambar .





Tu antara bangunan² yang dekat Kota Iskandar tu . First yang aku fikir bila tengok bangunan tu dari jauh aku ingat cerita Mohabbatein . Korang pernah tengok cerita tu tak ? Dan bila kami buat gaya indie berlatarbelakangkan bangunan tu memang ishh tak tao nak kata apa , speecless , tempatnya superb indah . Gambar second gambar ramai² dengan cikgu sekali , tapi tak semua yang masuk dalam gambar tu . Gambar third pulakk Aen yang jadi photographer , dia yang suruh kami bertiga buat macam tu , dia kata bangunan tu macam kat atas tangan kita . See , aku siap buat gambar profile dekat blog lagi . I love too the last picture above . Kami di Kota Iskandar sampai pukul 11.00 am dan terus ke Plaza Angsana . Cikgu bagi masa 3 jam kat sana . Nak makan , nak boling , nak karok , semua pon boleh .


There is satu je gambar yang diupload masa di Angsana . Kami makan , jalanjalan . Penat lah seh pusing satu Angsana tu dan balikbalik jumpa kedai yang jual baju , tudung , baju , tudung again . Peningg ohh jalan kat sana , nak kata sale raya , puasa pon belum time tu . Dan orang jangan cakap la , memang ramai gilaa , nak nak time kami sampai tu peak hour , haihh , sabar je la . Then pukul 3.00 pm gerak balik Parit Sulong . Dah sampai sekolah dalam pukul 5.40 pm , aku jumpa kawan aku sekolah belakang nak kasi dia coklat , sebab esoknya birthday dia .

Oke , itu saja nak cerita . Cerita panjang² pon tak guna sebab dah lapukk , HAHA :D Yang penting kami ENJOY sangatsangatsangat kat sana . Kbye :)

Snap GileeKentang

Hai :)
Wuhuu , update lagi , winkwink ^^
Ini cerita hari Jumaat - 29 Julai 2011 .

Lokasi pertama : SMK Dato' Sulaiman terchentaa
Ahli candid : Putri Wafa Eqa Mia
Petang tu pergi sekolah nak pinjam baju dari budak 4SPM1 , nak pakai untuk pergi Johor Bahru esoknya . Janji nak keluar pukul 2.45 , tapi biasa la sampai rumah aku dalam pukul 3 *rumah aku selalunya jadi tempat menunggu* Eqa & Wafa naik JJK , Putri & Mia naik JLM *apa tu ? plat moto lah , nombor dia rahsia k* Then , gerak dari rumah aku dalam pukul 3.05pm , sampai selekoh nampak ada moto keluar dari Kg Pt Laman . Moto tu bawa slow je , Mia bawa la laju sikit . Bila dah dekat tu , aku tanya Mia "Mia , kat depan tu JLW ae ?" , Mia kata entah , aku cakap lah laju sikit "eh , betullah tu JLW" , lepas tu Mia potong moto & hon , tak lama lepas tu JLW tu kat sebelah aku & Mia , haa gila kamu sygs *JLW tu moto si dia saia* *dah lari tajuk pulakk* Dah sampai sekolah , terus masuk parking depan galeri . Pergi ambil baju dari budak 4SPM1 , then apa lagi time for SNAPSNAP lah . Tiga gambar dari atas gambar dekat sekolah .





Lokasi kedua : Tepi sungai Kg Pt Othman
Ahli candid - Putri Eqa Wafa Ain
Semata mata nak ambil gambar sanggup pergi hujung kampung cari port baik punya , HAHA :D Tapi tak apa la , bukan selalu pon dapat keluar jalanjalan macam neh . Naknak dah bulan puasa neh , memang kena kurangkan berjalan merempit bagai tu . Aku pon tak tao kenapa , tahun neh memang tahun gila candid lah sehh , asyik nak meng-candid jeh . Untung jeh tak ada DSLR , kalau ada tak lepas dari tangan agaknya . Everyday mesti keluar cari port baik , ambil gambar sampai tak ingat dunia kot , haihh macammacam ragam . Jom tengok gambar *malas nak upload banyak dan buat description*



Oke , sekian dulu untuk kali neh . Nak cerita pasal pergi JB pulakk . Memang gilaa ambil gambar dekat JB . Pemandangan cantikk la sehh . Tak puas woo :D

Main Belon Air

Hai people :)
Woo , hari neh kan cuti , jadi nak update banyak sikit lah .
*heyy , jangan bosan baca cerita aku taw*

Hari Isnin hari tu KAMI yang gilagila dan kebudakbudakkan neh plan nak main belon air . Kalau dekat padang dekat taman ke oke lah kan , neh kat sekolah . Dah la time tengah isi air dalam belon tu budakbudak petang tengah rehat , taknak segan pulakk kan . Apa kami kisah , yang penting kami enjoyy . Actually , neh rancangan Opiy & Damia , tapi kami-Putri Wafa Ain Eqa nak join . Tapi malangnya hari tu Opiy tak ada , atuk dia accident & meninggal hari Rabu lepas . Salam takziah buat Opiy sekeluarga :/ Dan nak taknak kami teruskan jugak la rancangan neh tanpa Opiy . Sememangnya hari tu memang seronok sangatsangat & budak lelaki 4SPM3 ada jugak tapi time tu mereka ada kelas & mereka juga gilagila & ngokngek macam kami , HAHA ;D Mari kita view gambar keyh .



Gambar 1 : Masa neh dah nak balik dah . Padahal gambar neh diambil secara spontan tapi lawa pulakk . Took by Eqa .
Gambar 2 : Neh pon nak balik dah . Took by Zira .
Gambar 3 : Sebelum belon tu dibaling kami posing dulu . HAHA , bedalbedal jeh .

P/s : Aku bosan bila asyik diganggu oleh ex aku , sibuk nak jumpa sebab nak cerita pasal masalah dengan awek dia , heyy masalah kau pandaipandai lah settlekan sendiri , huh !

Hari Gerko atau Keusahawanan 2011

Assalamualaikum dan hai :)
*straight je la ae*
Actually , event neh dah lama , dalam 2minggu yang lepas .
Sama dengan larian 1Malaysia tu haa .
*oke , aku tak lari masa tu , ngelat kejap*
Macam biasa lah , layan gambar je .
*gambar menerangkan segalanya kan*








~ Gambar pagi ~
Gambar 1 - Kanak² tengah warm up untuk larian dan dengar taklimat dari cikgu .
Gambar 2 - Gambaran hadapan gerai REKACIPTA .
Gambar 3 - Keadaan di belakang gerai apabila kanak² lelaki berkumpul .
Gambar 4 - Di gerai kelab PENGGUNA *ada sebab aku ambil gambar neh even tak ada kaitan*

~ Gambar tengah hari ~
Gambar 5 - Lepak di padang setelah penat berniaga kononnya .
Gambar 6 - Kami , oh gegirl , di belakang gerai , masing² pon dah tukaq baju .
Gambar 7 - Mereka , oh boboi , snap sempoi , smart ouh picxa neh .

Thats all , malas nak cerita , cerita dah lapukk kan .
Gambar² credit to : Keman Isautai , Izzaty Opiy , Farah Atikah *thanks all
Kbye :)

Adik Adik Saia Yang Comel Gilaa !

Assalamualaikum dan Hello .

Gilakk ah aku tak tidur lagi . Jam dah pukul 1.32 a.m. bila aku start taip untuk entri neh . Aku kisah apa nak update pagi buta ke , tengahari ke , malam muda ke . Ini blog aku yang punya . Haha~ *mengarut dan mencarut pepagi* Aku melayan Tumblr , syok sangat dok reblog sampai tak sedar jam .
Baca baik baik , aku nak berceloteh kat sini . Aku tak buley lah nak tengok muka diorang yang comel gilakk neh lelama . SUMPAH , aku jealous akan kecomelan diorang berdua neh . Sekarang , kasi korang tengok dulu gambar diorang ehh .


Gambar satu : Mereka comel kan ? Kan aku dah cakap , dioranng neh besties tao . Selalu je bersama ke mana sahaja . Seorang comel , seorang lagi cantik . Padan lah tu kan . Hee~

Gambar dua : Itu Nawal Faiqah . Dia putih gilaa kan ? Cun je dia bila pakai shawl gaya Hana Tajima . Dia minat Yeosoeb dari kumpulan Beast macam aku jugak lah . Ngee~

Gambar tiga : Itu pula Aizatul Alyaa . Syok je dia tengok iPad kot . Dia manja orangnya .

Diorang neh baru je Form2 . Tapi haihh , kecil kecil cun sangat . Hehe~ Gambar gambar neh mintak dari Nawal . Kebetulan hari tu guna wifi dekat kedai mak dia , dan dia pon join kitorang sekaki , alang alang dia bukak netbuk dia , mintak jelah . Dah la , tak mao citer pepanjang lagi . Nanti diorang baca terkempis sekejap . Hehe~


Kegilaan Semasa Di Sekolah

Hey readers ! Hey followers !
Malam neh aku agak rajin meng-update story dekat blog sengal neh .
Maybe 2-3-4 hari nanti baru update lagi .
Straight to the point je lah , malas nak mengarut memalam neh .
Gambar² neh semua diambil pada hari Jumaat - 17 Jun 2011 .

Kamera ---> Cik 'Raraa
Kameragirl ---> Aen Senyum
Model² ---> Cik Puteri , Damia Ezzatul , Cik Ni , Budaq Khace Mate , Cik 'Raraa
*ah sudah , cakap nama pon pakai nama fesbuk , haha*

Sekarang , rajin² kan tangan anda meng-scroll ke bawah lagi ye sampai la habis story morry .
Mari kawan² semua kita tengok gambar .




Gambar 1 : Snap by Aen . Kamithegeng dengan inche lelaki yg bernama Hafizal . Bapakk ah , dia gila tinggi taukk ! Kami tengok dia kena dongak tao . Tengok je la kaki dia yg panjang tunjang tu .

Gambar 2 : Kamithegeng dengan cik perempuan yg bernama Adila dan Maizatul . Masa neh kami tengah tunggu cikgu masuk kelas je , masa tu dah habis rehat dah pon .

Gambar 3 : Snap by Rara and Mia . Diambil pada waktu pagi yg hening sebelum nak ke dewan untuk bacaan Yassin dan Tahlil . Penat ok nak menapak turun balik padahal time tu baru je naik .

Gambar 4 : Aksi gila² dan pose sempoi saja . Kami saja menghabiskan masa dengan meng-candid , meng-snap gambar . Kami di bawah dan cik kameragirl di atas .

Sememangnya , cik kameragirl kami seorang yang kreatif dalam bab² mengambil gambar neh . Mungkin gen ayah dia yg kameraman turun kat dia kot . Jadi , berpandukan dia macam² gaya kami boleh buat . Dan gambar juga boleh menceritakan segalanya , bukan ?

Webcam Di Sekola

Hey readers ! Hey followers !
Aku dah ketandusan idea , ta tao nak citer pasal ape . So , aku nak bagi korang tengok jeh gambar² yang entah pape neh . HAHA~
Gambar² neh kitorang amek sebelum start and dah habis exam . Kitorang yang kekurangan kerja neh bawak netbook yang ta sepatutnya buleyy bawak ke sekolah semata-mata untuk online . Tapi aku ta lah sebab kat rumah dah ada line wifi yang laju lagi pantas . HAHAK~
Layannn :)




Gambar² yang terpilih hanyalah yang ditunjukkan jeh . Yang laen² private and confidential lah . Dan gambar² di atas telah diedit oleh aku sendiri di pacik Picnik . Kegedikkan betol kann . HAHA~

Second Photoshoot 2011 ☺

Yang terlibat : Damia , Wafa , Puteri
Tempat : Ladang Nanas Kg Pt Lapis Laman
Aktiviti : Snapping
Waktu : 5.30 p.m.

Mula² kami study kadd rumah Mia . Dah siap semua kerja memang kami akan senap . Itu kerja kami . HAHA
Layannnnn xD





Kami memang G I L A . L E N S A xD