Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Raya Bersama Kawans Versi II

Assalamualaikum dan hai :)
Kini kembali untuk meng-update lagi cerita tentang raya .
Kami kalau raya memang buat dua hari setiap tahun .
Dan orang orang yang berkonvoi lain lain setiap tahun .
Tapi paling teramat best tahun 2011 neh la sebab dengan budak budak kelas .

Hari : Jumaat
Tarikh : 9 September 2011
Waktu : Lepas solat Jumaat
Rumah yang menjadi mangsa terjahan : Maizatul , Adilla , Ain kecik , Fazeera , CikguMisroh , Iskandar , Jamil(si dia saia) , Puteri(saia)
Ahli konvoi : Lelaki - Latif , Syafiq , Amir , Jamil , Aqif
Perempuan - Ain , Syafiqah , Wafa , Puteri , Izzaty , Damia , Maizatul

Oke , sekarang baca aku nak cerita sikit . Baca je jangan nak merungut bagai , hahak :DD
Hari tu , lepass habis je masa solat Jumaat , terus siap siap dan gerak . Tempat berkumpul kali neh kat depan sekolah . Tunggu punya tunggu punya tunggu Si Pasangan Couple - EqaSyafiq dan Ain , dah lambat sangat la kan *baru pukul 3 padahal* , yang lain lain tu gerak dulu . Ehh cup cup , masa mula mula Si Aqif dan Jamil tak ikut . K sambung sambung . Mula mula gerak pergi rumah Mai dekat Parit Pulai , lepastu ke rumah Adilla dekat Parit Gantong , lepastu ke rumah Ain kecik dekat Parit Tegak , lepastu terus ke rumah Era dekat Jalan Muar , ha sampai rumah Era dekat pukul 4 pm , dekat sini baru Eqa Syafiq Ain Latif join , lepastu ke rumah CikguMisroh pulakk , hey dia cikgu Prinsip Akaun kami , mula mula pergi cikgu tak ada , pastu dekat jalan nak keluar Taman Bintang tu nampak cikgu balik , kami pun pusing la balik ke rumah cikgu , dekat rumah cikgu kami buat bising dengan suara kami sajee sampaikan cikgu pun tak terlayan *kesian cikgu* , masa nak balik dari rumah cikgu barulah Si Aqif dan Jamil datang tapi tak sempat masuk la , kemudian pergi rumah Iskandar bersamaan dengan rumah Cikgu Nurah dekat Kampung Dalam , itu pulakk cikgu Sejarah kami , untung betul kami pergi hari tu , kebetulan cikgu masak masak sebab budak 6 bawah raya sekali , agak lama kami dekat rumah Iskandar , almost 40 minutes , paling tak boleh nak lupa member member perempuan suruh aku jealouskan si dia sygs , mereka suruh ambilkan makanan untuk Latif dan bagi sendiri , masa tu budak lelaki semua duduk dekat beranda luar , tapi aku jenis orang yang tak sampai hati nak buat macam tu , so aku tetap ambilkan untuk si dia dan bagi sendiri dekat dia dan suapkan sekali *si dia neh memang manja teramat* Oke , kat bawah neh semua gambar dekat rumah Iskandar dan diambil menggunakan kamera Iskandar . Sangat sueyy raya hari tu sebab sorang pon tak ada bawa kamera *sungguh haru*



Oke , nak tahu kenapa dengan kaki Is tu ? Ada budak yang tersengalan tak tahu la dengan sengaja atau tak tersepak kaki dia masa main bola . Dah kena simen bagai kaki budak sorang tu . Is , cepat cepat la baik , kami nak duduk kelas atas balik , bosan tauk kelas kat bawah tu . Keluar dari rumah Is , pusing pusing Parit Sulong kejap , then budak budak neh tanya nak pergi mana pulakk , kami pun tak tahu arah tujuan lepas tu , then Amir kott tanya nak pergi rumah Jamil tak , kami tak kisah dan Amir terus call dia . Ramai ramai pergi terjah rumah baru dia , apakk seram neh nak masuk rumah dia , jumpa mak dia bagai , adoyaii . Untung la dia duduk dua orang je dengan mak dia . Mahu tak mahu redah je la , ramai ramai kan , bukan aku masuk sensorang . Gilaa besar la seh rumah baru dia tu . Oke dah habis cerita kat rumah dia .
Pastu ingatkan dia dah taknak ikut beraya so decide nak pergi rumah member aku kat Parit Sentang alih alih dia nak ikut pulakk , depan mak dia taukk aku tanya dia "Yunk , nak ikut lagi ke" , memang kelass kau jah la kan , HAHA :D Tak jadi nak pergi rumah member aku , kami terus ke rumah aku la . Disebabkan hanya beberapa orang saja yang belum raya rumah aku , hanya yang beberapa tu je la yang masuk termasuk dia , yang lain semua duduk melepak kat luar rumah . Nak dijadikan cerita yang bukan dongeng , si dia sygs masuk sorang sorang dalam rumah dan salam dengan mak aku , hah amik kau kata nak jumpa sangat dengan mak kan sampai kena kurung dari luar .
Pengalaman hari tu jugak sangat sukar untuk kami lupakan , masing masing beraya ada partner , haha suka suka suka . Aku sayang kau la gilee , harap tahun depan dapat beraya bersama lagi , terimakasih untuk hari tu :)


Raya Bersama Kawans Versi I

Assalamualaikum dan hai blogger :)
HAHA , tersangat lambat lah kan aku meng-update cerita untuk raya neh *kesah plak aku :P
Straight to the point je lah kan , dan taknak cerita panjang lebar .

Hari : Ahad
Tarikh : 4 September 2011
Perjalanan : Dari Taman Sri Sulong(Parit Sulong) ke Bukit Naning(Muar) ke Parit Jabong(Tongkang Pechah)
Ahli konvoi : Lelaki - Iskandar , Hafiz , Razien , Syukri , Nabawi , Shahruzi , Syafiq , Latif , Aliff
Perempuan - Fazeera , Nanie , Ain , Wafa , Puteri , Syafiqah , Damia , Izzaty

Ha neh nak cerita sikit la , sikit je .
Patutnya kan kami konvoi ramai ramai tu *konvoi seronok bermotoran* hari Sabtu , tapi disebabkan aku masih kat kampung kat Terengganu tu terpaksa ditunda . Itu pun ibu aku nak balik hari Ahad , aku merayu rayu ajak balik hari Sabtu . Nasib baik lah dapat pujuk , gerak dari Terengganu pukul 5.30 pm sampai Johor dekat pukul 2 am . Penat tak penat terpaksa redah je la , kalau tak masa bila lagi nak beraya *lepas tu kan dah naik sekolah so mungkin tak sempat* Jom tengok gambar , itu antara yang cantik je la di-upload untuk mencantikkan entri neh *bhahax , perasaan betul*





Sesungguhnya perjalanan hidup pada hari itu tersangatlah indah , ceria , gembira dan segalanya lah . Andai dapat diulang tayang pasti aku rakam punya la . Kami takkan lupa kenangan pada hari itu . Pada hari tu , kami merayap sejauh-jauhnya , bergotongan naik motor , ambil gambar gilaa gilaa . Harap tahun depan dapat enjoy macam neh lagi even kami kena hadap exam yang menentukan jalan hidup kami , SPM .

Buka Puasa #ceritalapuk#

Assalamualaikum dan hai :)
Maaf kelambatan meng-update blog , sebab malas lihat jawapan entri entri lama . HAHA~
Malas nak cerita panjang , cakap isi penting je dan bagi tengok gambar .

Hari : Isnin
Tarikh : 22 Ogos 2011
Tempat : Restoran Etika Emas , Taman Sri Sulong
Cikgu : Cikgu Huda (guru tingkatan 4SPM2) , Cikgu Ain Cikgu Ejam Cikgu Yus (guru guru praktikal)
Budak : Puteri , Ain , Syafiqah , Wafa , Damia , Izzaty , Fazeera , Farhanani , Latif , Hafiz , Syafiq , Razien , Farid , Iskandar , Syukri .

Minggu terakhir puasa . Raikan guru guru praktikal yang akan berakhir khidmatnya pada minggu tu jugak .





Takkan aku lupakan peristiwa hari itu . Terlalu indah untuk dilupakan .

Happy Birthday , Nor Seliah :)


Happy Birthday , Saly :)
Kenapa tajuk entri nama Nor Seliah , tapi cerita entri nama Saly pulak . Ouh , Saly tu nama glamour dia .
Walaupon dah wish dekat FB , nak jugak wish kat blog .
Actually , kenal Saly neh kat FB je . Dia neh kawan Damia duduk dekat Gemas .
Tengok gambar atas tu , cantik kan dia ?
Oke , aku sengaja ambil gambar dia yg tu sebab nak dekat raya dah kan .
So , alang alang wish birthday , nak wish jugak lah Selamat Hari Raya .
Sayangg Saly , friend forever ye :)

Exam Day

Assalamualaikum dan hai :)
Ohh , tadi exam la weh . Nasib baik 3 kertas jeh , tu pon dah macam apa menjawab . Malam tadi baca sekali imbas jeh , mana nak masuk kepala otakku neh . Tadi kan aku exam BM , PI dan MT . Sepatutnya kena jawab 4 kertas tadi , tapi aku kan budak taknak ambil subjek Reka Cipta so takkena ambil lah . Oke , aku cerita satu satu ye . Bermula dengan kertas BM . Eh cop , pagi tadi kan aku datang awal gilaa siakk saing dengan budak budak bas datang , HAHA nyaso :D Sambung balik . Takada apa yang menarik lah pagi tadi , cuma time BM Cikgu Yusak yang jaga , kebiasaan dia akan check kelas bersih ke tak . Dan bila dia nampak akan sebutir sampah mulut dia akan mula memberi ceramah pendek dan dengan segera jugaklah budak budak 4SPM2 akan bergerak mengutip sampah di sekeliling meja . Start lambat habis pon lambat lah .
Then sambung kertas PI pulak . Masa neh Cikgu Tarmizi pulak yang jaga . Masih takada cerita best . Dia bagi kertas dan terus jawab lah . Lepastu dia boleh pergi berbual dengan mesranya dengan Cikgu Mesri yang jaga kelas 4SPM1 . Mereka berbual dekat luar kelas . Untung perlahan kalau kuat memang aku pon akan buat bising lah . Haihh , untungnya aku dapat duduk depan , sangat susah untuk aku cheating . Ngee~ >.<
Lepas tu rehat sekejap . Aku dengan kawan kawan aku duduk melepak sambil mengulangkaji kat luar kelas . Mula mula cerita biasa biasa jeh , pastu tinggal aku dan Eqa berdiri kat tembok sambil melihat ke kelas 4SPM3 yang jauh di bawah , yang lain semua duduk kat depan pili bomba . Aku dan Eqa seperti biasa saling meluahkan perasaan , tapi kali neh aku yang luahkan kat dia , dan dia akan jadi penasihat tak berbayar aku . Sampaikan cikgu dah masuk kelas pon kitorang still lepak kat luar lagi sampai cikgu panggil masuk . Nakalnya kitorang kan :P Eh eh , tadi kan tengah lepak lepak tu ada budak form 5 boleh letak mercun kat atas bumbung , gilaa kuat bunyinya sampai semua budak yang dalam kelas semua keluar . Terbaiklah seh main mercun kat sekolah . Pastu Damia boleh tanya 'Kalau kat sekolah dibenarkan bawak mercun meriam bagai , apa jadi' , pelik pelik je ekau tanya Damia oi .
Sekarang masa untuk masuk kelas untuk kertas yang seterusnya iaitu Reka Cipta dan ICT . Untuk budak yang ambil ICT takada masalah sebab takada antara diorang yang drop . Tapi budak budak RC , macam macam ragam . Dalam kelas aku tu ada lah dalam 7 orang yang taknak ambil RC termasuklah aku . Mula mula cikgu bagi kertas kat semua budak , pastu sampai dekat Era aku and Opiy tak cukup , so Eqa cakap kat cikgu yang budak nak drop tu kena ambil jugak ke , dah la kertas tak cukup kan . Cikgu pulak suruh pergi tanya cikgu RC kena ambil jugak ke tak . Aku volunteer diri nak pergi tanya . Tapi malas nak cari aku pergi jeh bilik guru jumpa Cikgu Huda yang selalu kena bahan dengan budaknakal seperti kami . Cikgu telefon je cikgu RC tu dan the happiest one cikgu RC kata takpayah . Pehh , macam nak melonjak je dalam bilik guru tu , HAHA :D settle masalah .
Kertas terakhir untuk hari neh MT atau AddMath . Yang keluar bab Logarithms and Coordinate Geometry . Log log tu boleh lah lagi layan sikit sikit , CG pon boleh jugak lah . Tapi bila dapat kertas makk aii , asal cenggini soalannya , pening aku der ! Padahal 11 soalan je tu , tapi aku jawab berapa je tadi , hampir penuh kertas jugak la . Harap harap tak gagal lagi lah , dah 2 kali gagal jeh . Doakan sama ye :)
Esok exam BI , MM dan ST . Buku tak baca lagi , madah online manjang . Adess~ Harap dapat buat yang terbaik je lah esok .

P/s : Sedih , kenapa dia privatekan wall dia ? Mesti ada yang dia sembunyikan tu . Nak nangis , huwaaaaaaaaaaaa :'(

Trip To Johor Bahru

Assalamualaikum dan hai bloggers :)
Sorry for the late update , kinda busy .
Eh , minggu depan exam , satu hape pon tak ready lagi , adoyy =='

Actually , cerita neh seminggu yang lepas .
Sekolah aku under Pusat Sumber buat lawatan ke Kota Iskandar hari Sabtu - 30 Julai 2011 . So KAMI - Aen , Eqa , Mia , Pu3 dan ada la budak² lain lagi yang join kan , konon² enjoy sebelum puasa lah , tapi memang betul pon :P Sebelum tu nak cerita kerja gila kami masa hari Khamis sebelum trip tu . Hari Khamis tu kena confirm siapa yang nak pergi , then kawan² aku ada yang belum tanya ibubapa lah apa lah , masa pagi Khamis tu masa Mathematics by my class teacher , kami gelarkan handphone dia telefon awam bergerak , HAHA *soryy cikgu* kami pinjam handphone cikgu Huda telefonKAN ibu² yang berkenaan , tapi tak dapat pon , kami mainlah Xperia cikgu tu *diam² je , cikgu tak tao ukee* Hari Jumaat pulakk Zainina , Nabilah & Zawin tanya cikgu Rosmawati yang akan membawa kanak² SMKDS ke JB tu , nak kena pakai baju apa semua² lah kan , cikgu pon berkata hendaklah memakai baju yang berkaitan dengan sekolah , adess tak suka betul . Itu yang pergi pinjam dengan budak 4spm1 seperti yang telah diceritakan dalam entri bawah neh . Oke , terus ke hari Sabtu . Hari yang dinanti untuk meriangriakan diri . "Hey JB , here we come !" Gerak pagi tu dalam pukul 7.00 am dan terus menuju ke Kota Iskandar dan sampai dalam pukul 9.30 am . Mula² ke Puteri Harbour , Puteri Harbour neh dalam Kota Iskandar tulah . Actually , tempat neh dia nak buat macam Putrajaya tu ha dan tempat dia memang luas gilaa apakk ah tapi belum siap sepenuhnya la serta dijangka akan siap pada tahun 2017 *huyy , lama lagi tu , boleh la buat reunion 4spm2'11 kat sini* Mari jalan² tengok gambar :D




Yang atas sekali tu tempat kapal² mewah . Tengok tu besar² kan kapalnya . Nak pergi kat bawah tu guard dia tak bagi pulakk , kedekut ohh , kalau tak dapat buat photoshoot stail wedding punya , HAHA :D Yang tengah pulak kami berempat yang gilaSNAP gilaSENGAL , dah ada nama tu baca sendiri la . Ha nampak tak siapa yang pakai baju sama tu ? Itu DAMIA , itu PUTRI . Kami KEMBAR hari tu , banyak gambar kami berdua tapi malas nak upload banyak² , kalau nak tengok add la fesbuk Eqa tu yea . Oke , sekarang kita pergi ke Kota Iskandar pulakk ye . Besar gilaa ohh tempat neh , sampai tak larat den nak pusing satu tempat tu . Orang lain siap masuk bangunan tu bangunan neh , ada jugak yang lepak bangunan yang first masuk tu , kami pulakk stay kat tengah² antara bangunan² tu , penat ohh kaki . Jom tengok gambar .





Tu antara bangunan² yang dekat Kota Iskandar tu . First yang aku fikir bila tengok bangunan tu dari jauh aku ingat cerita Mohabbatein . Korang pernah tengok cerita tu tak ? Dan bila kami buat gaya indie berlatarbelakangkan bangunan tu memang ishh tak tao nak kata apa , speecless , tempatnya superb indah . Gambar second gambar ramai² dengan cikgu sekali , tapi tak semua yang masuk dalam gambar tu . Gambar third pulakk Aen yang jadi photographer , dia yang suruh kami bertiga buat macam tu , dia kata bangunan tu macam kat atas tangan kita . See , aku siap buat gambar profile dekat blog lagi . I love too the last picture above . Kami di Kota Iskandar sampai pukul 11.00 am dan terus ke Plaza Angsana . Cikgu bagi masa 3 jam kat sana . Nak makan , nak boling , nak karok , semua pon boleh .


There is satu je gambar yang diupload masa di Angsana . Kami makan , jalanjalan . Penat lah seh pusing satu Angsana tu dan balikbalik jumpa kedai yang jual baju , tudung , baju , tudung again . Peningg ohh jalan kat sana , nak kata sale raya , puasa pon belum time tu . Dan orang jangan cakap la , memang ramai gilaa , nak nak time kami sampai tu peak hour , haihh , sabar je la . Then pukul 3.00 pm gerak balik Parit Sulong . Dah sampai sekolah dalam pukul 5.40 pm , aku jumpa kawan aku sekolah belakang nak kasi dia coklat , sebab esoknya birthday dia .

Oke , itu saja nak cerita . Cerita panjang² pon tak guna sebab dah lapukk , HAHA :D Yang penting kami ENJOY sangatsangatsangat kat sana . Kbye :)

Snap GileeKentang

Hai :)
Wuhuu , update lagi , winkwink ^^
Ini cerita hari Jumaat - 29 Julai 2011 .

Lokasi pertama : SMK Dato' Sulaiman terchentaa
Ahli candid : Putri Wafa Eqa Mia
Petang tu pergi sekolah nak pinjam baju dari budak 4SPM1 , nak pakai untuk pergi Johor Bahru esoknya . Janji nak keluar pukul 2.45 , tapi biasa la sampai rumah aku dalam pukul 3 *rumah aku selalunya jadi tempat menunggu* Eqa & Wafa naik JJK , Putri & Mia naik JLM *apa tu ? plat moto lah , nombor dia rahsia k* Then , gerak dari rumah aku dalam pukul 3.05pm , sampai selekoh nampak ada moto keluar dari Kg Pt Laman . Moto tu bawa slow je , Mia bawa la laju sikit . Bila dah dekat tu , aku tanya Mia "Mia , kat depan tu JLW ae ?" , Mia kata entah , aku cakap lah laju sikit "eh , betullah tu JLW" , lepas tu Mia potong moto & hon , tak lama lepas tu JLW tu kat sebelah aku & Mia , haa gila kamu sygs *JLW tu moto si dia saia* *dah lari tajuk pulakk* Dah sampai sekolah , terus masuk parking depan galeri . Pergi ambil baju dari budak 4SPM1 , then apa lagi time for SNAPSNAP lah . Tiga gambar dari atas gambar dekat sekolah .





Lokasi kedua : Tepi sungai Kg Pt Othman
Ahli candid - Putri Eqa Wafa Ain
Semata mata nak ambil gambar sanggup pergi hujung kampung cari port baik punya , HAHA :D Tapi tak apa la , bukan selalu pon dapat keluar jalanjalan macam neh . Naknak dah bulan puasa neh , memang kena kurangkan berjalan merempit bagai tu . Aku pon tak tao kenapa , tahun neh memang tahun gila candid lah sehh , asyik nak meng-candid jeh . Untung jeh tak ada DSLR , kalau ada tak lepas dari tangan agaknya . Everyday mesti keluar cari port baik , ambil gambar sampai tak ingat dunia kot , haihh macammacam ragam . Jom tengok gambar *malas nak upload banyak dan buat description*



Oke , sekian dulu untuk kali neh . Nak cerita pasal pergi JB pulakk . Memang gilaa ambil gambar dekat JB . Pemandangan cantikk la sehh . Tak puas woo :D

Main Belon Air

Hai people :)
Woo , hari neh kan cuti , jadi nak update banyak sikit lah .
*heyy , jangan bosan baca cerita aku taw*

Hari Isnin hari tu KAMI yang gilagila dan kebudakbudakkan neh plan nak main belon air . Kalau dekat padang dekat taman ke oke lah kan , neh kat sekolah . Dah la time tengah isi air dalam belon tu budakbudak petang tengah rehat , taknak segan pulakk kan . Apa kami kisah , yang penting kami enjoyy . Actually , neh rancangan Opiy & Damia , tapi kami-Putri Wafa Ain Eqa nak join . Tapi malangnya hari tu Opiy tak ada , atuk dia accident & meninggal hari Rabu lepas . Salam takziah buat Opiy sekeluarga :/ Dan nak taknak kami teruskan jugak la rancangan neh tanpa Opiy . Sememangnya hari tu memang seronok sangatsangat & budak lelaki 4SPM3 ada jugak tapi time tu mereka ada kelas & mereka juga gilagila & ngokngek macam kami , HAHA ;D Mari kita view gambar keyh .



Gambar 1 : Masa neh dah nak balik dah . Padahal gambar neh diambil secara spontan tapi lawa pulakk . Took by Eqa .
Gambar 2 : Neh pon nak balik dah . Took by Zira .
Gambar 3 : Sebelum belon tu dibaling kami posing dulu . HAHA , bedalbedal jeh .

P/s : Aku bosan bila asyik diganggu oleh ex aku , sibuk nak jumpa sebab nak cerita pasal masalah dengan awek dia , heyy masalah kau pandaipandai lah settlekan sendiri , huh !

Sambut Birthday Wafa

Assalamualaikum dan hai :)
Bulan Julai neh ramai yang lahir antaranya Nabawi(2Julai) , Wafa(20Julai) , Latip(21Julai) , Aika(24Julai) , Farisya , Nazifah , Amir dan siapa entah lagi . *malas dah den nak tulis tarikhnya , huh*
Since birthday Wafa jatuh masa hari sekolah , so kitorang decide nak sambut after school hour . Perancang semua neh Opiy lah . Dan mereka yang sama² menjayakan rancangan neh : Putri , Ain Lokman , Aindila , Syafiqah , Maizatul , Aina .
Kitorang pakat beli kek , tepung , serbuk kari , serbuk kopi , air 100plus nak tuang kat Wafa .
Jom , layan gambar dulu ^^






Gambar 1 : Kek sahaja . Biasa jeh kek yang kami beli , bukan nak makan sangat pon , so tak payah lah nak beli besar² kan .
Gambar 2 : Tu dia Wafa . Potong kek dengan penuh teliti dan habis kek tu di-potong²nya , padahal nak lap kat dia lebih .
Gambar 3 : Kena dah dengan tepung . Dikerjakan dek Opiy nan Mai , machi tu pon steady je berdiri kena tepung .
Gambar 4 : Gambar ramai² . Aina photographer untuk picxa tuh , macam kena buli jeh gayanya .
Gambar 5 : Aina again yang tak ada . Memang jadi photographer tak berbayar lah kau Na . Suka gilaa gambar tu .
Gambar 6 : Sekali lagi Aina tak ada . Kami memang gila snap , berGAMBAR itu best . Aksi bedal² jehh .


Penat tak penat hari tu memang penat lah . Kena jalan kaki dari sekolah nak ke taman permainan tu , nasib baiklah dekat je , nak ngelat dari kena tepung lagi , dah kena lari , penat dengan ketawa tak usah habaq lah , memang gila² punya ketawa hari tu . Wa cakap lu , gila enjoy lah hari tu . Tak apa lah bukan selalu dapat buat macam neh kan . Kenangan zaman sekolah neh der .
Pastu pesanan penaja , birthday siapa yang tak lagi siap sedia lah . Masing² pandai pulakk tu nak ngelat , cakap pergi holiday lah , balik kampung lah *itu aku punya excuse* . Macam² perangai budak sekarang . Tapi aku memang tak sabaq nak tunggu birthday aku sampai . Dan aku cakap kalau nak sambut , datang rumah je , kalau tak aku tak akan keluar rumah time birthday aku . *haha , aci kan*

Dah dulu lah , penat dah neh menaip , kalau ikutkan cerita tak habis lagi tu .
Oke , nanti bila dah dapat gambar sambut birthday Myrul semalam , aku sambung cerita .
Kbye :)

Hari Gerko atau Keusahawanan 2011

Assalamualaikum dan hai :)
*straight je la ae*
Actually , event neh dah lama , dalam 2minggu yang lepas .
Sama dengan larian 1Malaysia tu haa .
*oke , aku tak lari masa tu , ngelat kejap*
Macam biasa lah , layan gambar je .
*gambar menerangkan segalanya kan*








~ Gambar pagi ~
Gambar 1 - Kanak² tengah warm up untuk larian dan dengar taklimat dari cikgu .
Gambar 2 - Gambaran hadapan gerai REKACIPTA .
Gambar 3 - Keadaan di belakang gerai apabila kanak² lelaki berkumpul .
Gambar 4 - Di gerai kelab PENGGUNA *ada sebab aku ambil gambar neh even tak ada kaitan*

~ Gambar tengah hari ~
Gambar 5 - Lepak di padang setelah penat berniaga kononnya .
Gambar 6 - Kami , oh gegirl , di belakang gerai , masing² pon dah tukaq baju .
Gambar 7 - Mereka , oh boboi , snap sempoi , smart ouh picxa neh .

Thats all , malas nak cerita , cerita dah lapukk kan .
Gambar² credit to : Keman Isautai , Izzaty Opiy , Farah Atikah *thanks all
Kbye :)

Hangout & Celebrate Damia's Birthday

Assalamualaikum :)
Maaf dan sorry kerana lama tak update .
Hari sekolah tak sempat lah nak update , busy sangat .
Oke , neh semua cerita 2weeks ago .
Layann je la gambar² neh .
*pictures explain everything , right ?

~ Hangout BPMall ~
Hari Ahad , 25 Jun 2011
Puteri , Era , Mia , Nani , Hafiz & kawan dia







~ Sambut birthday Damia ~
Hari Isnin 26 Jun 2011
Taman Permainan Taman Raja Ahmad
Puteri , Mia , Nani , Era , Ain




Demikianlah cerita aku kali neh .
Malas nak letak description .
Kbye :)