Aku Rindu Kau la , gilaa!


Hello all :)
Hmm , kenapa la tetiba aku buat title macam tu . Entah la , sejak naik sekolah nie aku macam rindukan dia yang dulu sangat sangat . Dah la kelas sebelah sebelah , aku rasa macam aku tak sanggup nak tengok dia tapi nak juga tengok dia *err, macam mana tu kan, hikhok* Kami sekarang dah berapa nak tegur sangat , aku rindu nak dengar suara kau la ngekk , huhuk -,- Cuma bila aku lepak kelas dia time rehat ke kan aku ada juga la tercari-cari dia kat mana , dia buat apa . Macam pagi tadi , aku duduk berbual dengan kawan kawan aku tapi mata cari dia , and rupanya dia pun tengok aku dengan muka serius dia tu , terus aku lari larikan anak mata aku tengok tempat lain *segan oii* Dan aku sakit hati dan sedih bila tengok dia dengan orang lain , erghhh ;( Err , dah la , nanti kang aku cerita lebih lebih menangis tak berlagu pulak , huhu .



" Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku "
-Ombak Rindu-

Untitled.

Assalamualaikum dan hai :)
Lama kan aku tak update blog nie , last update 21 September 2011 . Haha :D Yeah , tahun nie tahun genting untuk aku , SPM weh SPM , cuakk sehh , tolonglah aku tak ready lagi . Tahun baru , sekolah lama , kelas lama , budak budak kelas baru , guru kelas baru . Semalam latihan sukan dah mula untuk Biru , Merah , Kuning , Hijau . Semalam buat merentas desa je , takde la lari mana pun , banyak jalan je , lepas tu lama tak senam kan effect dia ummphh memang best , kaki kejang! Sampai sekarang still rasa sakit .
K taknak cerita panjang , aku update pun sebab kawan aku yang suruh *tak patut kan* . Dan mungkin buat sementara waktu sampai la habis SPM nanti akan kurangkan update blog dan online . Hmm :/ Update lagi nanti bila ada lapang .

P/s : Cerita terabur , hehe :D

Raya Bersama Kawans Versi II

Assalamualaikum dan hai :)
Kini kembali untuk meng-update lagi cerita tentang raya .
Kami kalau raya memang buat dua hari setiap tahun .
Dan orang orang yang berkonvoi lain lain setiap tahun .
Tapi paling teramat best tahun 2011 neh la sebab dengan budak budak kelas .

Hari : Jumaat
Tarikh : 9 September 2011
Waktu : Lepas solat Jumaat
Rumah yang menjadi mangsa terjahan : Maizatul , Adilla , Ain kecik , Fazeera , CikguMisroh , Iskandar , Jamil(si dia saia) , Puteri(saia)
Ahli konvoi : Lelaki - Latif , Syafiq , Amir , Jamil , Aqif
Perempuan - Ain , Syafiqah , Wafa , Puteri , Izzaty , Damia , Maizatul

Oke , sekarang baca aku nak cerita sikit . Baca je jangan nak merungut bagai , hahak :DD
Hari tu , lepass habis je masa solat Jumaat , terus siap siap dan gerak . Tempat berkumpul kali neh kat depan sekolah . Tunggu punya tunggu punya tunggu Si Pasangan Couple - EqaSyafiq dan Ain , dah lambat sangat la kan *baru pukul 3 padahal* , yang lain lain tu gerak dulu . Ehh cup cup , masa mula mula Si Aqif dan Jamil tak ikut . K sambung sambung . Mula mula gerak pergi rumah Mai dekat Parit Pulai , lepastu ke rumah Adilla dekat Parit Gantong , lepastu ke rumah Ain kecik dekat Parit Tegak , lepastu terus ke rumah Era dekat Jalan Muar , ha sampai rumah Era dekat pukul 4 pm , dekat sini baru Eqa Syafiq Ain Latif join , lepastu ke rumah CikguMisroh pulakk , hey dia cikgu Prinsip Akaun kami , mula mula pergi cikgu tak ada , pastu dekat jalan nak keluar Taman Bintang tu nampak cikgu balik , kami pun pusing la balik ke rumah cikgu , dekat rumah cikgu kami buat bising dengan suara kami sajee sampaikan cikgu pun tak terlayan *kesian cikgu* , masa nak balik dari rumah cikgu barulah Si Aqif dan Jamil datang tapi tak sempat masuk la , kemudian pergi rumah Iskandar bersamaan dengan rumah Cikgu Nurah dekat Kampung Dalam , itu pulakk cikgu Sejarah kami , untung betul kami pergi hari tu , kebetulan cikgu masak masak sebab budak 6 bawah raya sekali , agak lama kami dekat rumah Iskandar , almost 40 minutes , paling tak boleh nak lupa member member perempuan suruh aku jealouskan si dia sygs , mereka suruh ambilkan makanan untuk Latif dan bagi sendiri , masa tu budak lelaki semua duduk dekat beranda luar , tapi aku jenis orang yang tak sampai hati nak buat macam tu , so aku tetap ambilkan untuk si dia dan bagi sendiri dekat dia dan suapkan sekali *si dia neh memang manja teramat* Oke , kat bawah neh semua gambar dekat rumah Iskandar dan diambil menggunakan kamera Iskandar . Sangat sueyy raya hari tu sebab sorang pon tak ada bawa kamera *sungguh haru*



Oke , nak tahu kenapa dengan kaki Is tu ? Ada budak yang tersengalan tak tahu la dengan sengaja atau tak tersepak kaki dia masa main bola . Dah kena simen bagai kaki budak sorang tu . Is , cepat cepat la baik , kami nak duduk kelas atas balik , bosan tauk kelas kat bawah tu . Keluar dari rumah Is , pusing pusing Parit Sulong kejap , then budak budak neh tanya nak pergi mana pulakk , kami pun tak tahu arah tujuan lepas tu , then Amir kott tanya nak pergi rumah Jamil tak , kami tak kisah dan Amir terus call dia . Ramai ramai pergi terjah rumah baru dia , apakk seram neh nak masuk rumah dia , jumpa mak dia bagai , adoyaii . Untung la dia duduk dua orang je dengan mak dia . Mahu tak mahu redah je la , ramai ramai kan , bukan aku masuk sensorang . Gilaa besar la seh rumah baru dia tu . Oke dah habis cerita kat rumah dia .
Pastu ingatkan dia dah taknak ikut beraya so decide nak pergi rumah member aku kat Parit Sentang alih alih dia nak ikut pulakk , depan mak dia taukk aku tanya dia "Yunk , nak ikut lagi ke" , memang kelass kau jah la kan , HAHA :D Tak jadi nak pergi rumah member aku , kami terus ke rumah aku la . Disebabkan hanya beberapa orang saja yang belum raya rumah aku , hanya yang beberapa tu je la yang masuk termasuk dia , yang lain semua duduk melepak kat luar rumah . Nak dijadikan cerita yang bukan dongeng , si dia sygs masuk sorang sorang dalam rumah dan salam dengan mak aku , hah amik kau kata nak jumpa sangat dengan mak kan sampai kena kurung dari luar .
Pengalaman hari tu jugak sangat sukar untuk kami lupakan , masing masing beraya ada partner , haha suka suka suka . Aku sayang kau la gilee , harap tahun depan dapat beraya bersama lagi , terimakasih untuk hari tu :)