Day 14 - Perkara Menarik Yang Anda Lakukan Hari Ini

Assalamualaikum dan hello people :)
How's your day today ?
Hari aku suck , rasa macam dah tak ada mood nak buat apa apa .
Buat itu tak kena , buat ini pon tak kena .
Hmm , aku pun tak tao apa kena dengan aku sejak kebelakangan neh :/

Berbalik kepada tajuk di atas , perkara menarik .
Hari neh tak ada yang menarik kot pada aku lah .
Sebab setiap hari yang aku lalui sekarang dah kurang menarik bagi aku .
Tapi aku nak cerita apa yang aku buat sepanjang hari neh .

Start dari pagi k .
Pagi tadi aku pergi sekolah kerana terpaksa dan dipaksa oleh Aen . Ikutkan hati memang malas nak pergi , baik duduk rumah lagi bagus dari kena ngadap muka k.***** tuh , IHY , girl ! -,- Lagipun hari neh kan hari sukan seMalaysia kan . Aku terpaksa datang sebab ada orang suruh aku tolong jual untuk gerai RC tapi kan orang tuh tak ada pon tadi , orang tuh memang sengaja sebenarnya . Siap la kamu , aku settlekan nanti *aura keJAHATan dah datang* Aku tak tolong banyak sangat lah tadi sebab aku tak larat , pagi tadi datang datang je terus nampak si dia dengan LC dia tu , lepas tu dapat news yang agak kurang menarik untuk didengar , time tu jugak aku nangis diam diam , memang luaran je nampak happy tapi dalaman jangan cakap la sakit tambah sedih tambah geram tambah marah tambah macam macam la . Nasib baik lah Aen pandai ambik hati aku tadi , dia faham keadaan aku sekarang , so dia tak paksa sangat aku buat kerja yang aku tak berapa rela nak buat tu . Dan aku menjual makanan tapi aku sendiri tak makan , dah la kat rumah pon tak sempat nak sarapan *aku sengaja* Time tengah rehat rehat tadi adalah orang yang aku hate tu lalu , memang aku menyampah sangat dengan dia , apa entah salah aku , sampai nak sakitkan hati aku segala . Tapi aku sabar je , aku pon tak tao sampai bila aku boleh sabar nak hadapi semua neh *aku tao semua neh dugaan* Bila time nak balik tu , aku duduk relax je , aku tak tolong kemas gerai ke apa , just duduk dan tengok je *jahat kan aku* . Tutup cerita pasal neh , nak cerita serba sedikit tentang sukan . Oke , tadi ada lah jugak nampak si dia lari tapi sekali je sebab malas nak ambik tao . Sukan tahunan kali neh rumah HIJAU yang menang . Tak pernah pernah oke . Masing masing pon malas nak bersukan dan tak ada semangat nak bersukan . Kenapa tahun neh kan sukan buat tengah tengah tahun ? ==' Macam tak best lah kan . Lepas tu dalam pukul 11.30 majlis selesai dan bersurai . Ha , one more thing ! Pengetua SMK Dato Sulaiman nak kena tukar . Alamak , tak best taukk . Dah la tukar pengetua perempuan . Memang akan terasa sangat sangat kebakaltidakadaan En Misli , pengetua yang sangat penyayang gilaa . Ouh so sadis . Cikgu , kalau dah pindah nanti jangan lupakan SMK Dato Sulaiman yang terchentaa neh taw . Huhu~

Balik rumah pulakk .
Aku tak buat apa apa . Balik dah penat , jadi dengan tak mandi aku terus terlena tanpa diulit mimpi pon di sofa . Jadah kan , tidur waktu tengah tengah hari . Pukul 3.30 petang baru aku bangun . Then bersihkan diri , makan , semua tu aku sambung baca novel . Dah tu mak aku suruh pergi kedai pulakk . Pergi je lah kan sekurang kurangnya tak ada lah asyik terperap kat rumah je . Tapi bila aku dah pegang handle motor tu jangan cakap lah , paling slow aku rasa aku bawak dalam 70-80 , nak nak time aku tengah frust sangat sangat neh , memang laju lah aku akan bawa *salah satu cara melepaskan geram* Then aku beli aiskrim , balik rumah aku duduk kat luar mengadap ke arah jalan raya sambil makan aiskrim . Aku tertunggu tunggu sepetang kot kot si dia ada ke lalu kan , tapi tak ada pon , aku harap sangat dia akan lalu , dengan perasaan yang agak sedih aku masuk ke rumah setelah habis aiskrim aku makan .

Hmm :/
Rasanya tu je la kot cerita aku untuk hari neh .
Maaf lah kan lambat update .
Nanti cerita lagi .
Kbye :)

No comments: