Exam Day

Assalamualaikum dan hai :)
Ohh , tadi exam la weh . Nasib baik 3 kertas jeh , tu pon dah macam apa menjawab . Malam tadi baca sekali imbas jeh , mana nak masuk kepala otakku neh . Tadi kan aku exam BM , PI dan MT . Sepatutnya kena jawab 4 kertas tadi , tapi aku kan budak taknak ambil subjek Reka Cipta so takkena ambil lah . Oke , aku cerita satu satu ye . Bermula dengan kertas BM . Eh cop , pagi tadi kan aku datang awal gilaa siakk saing dengan budak budak bas datang , HAHA nyaso :D Sambung balik . Takada apa yang menarik lah pagi tadi , cuma time BM Cikgu Yusak yang jaga , kebiasaan dia akan check kelas bersih ke tak . Dan bila dia nampak akan sebutir sampah mulut dia akan mula memberi ceramah pendek dan dengan segera jugaklah budak budak 4SPM2 akan bergerak mengutip sampah di sekeliling meja . Start lambat habis pon lambat lah .
Then sambung kertas PI pulak . Masa neh Cikgu Tarmizi pulak yang jaga . Masih takada cerita best . Dia bagi kertas dan terus jawab lah . Lepastu dia boleh pergi berbual dengan mesranya dengan Cikgu Mesri yang jaga kelas 4SPM1 . Mereka berbual dekat luar kelas . Untung perlahan kalau kuat memang aku pon akan buat bising lah . Haihh , untungnya aku dapat duduk depan , sangat susah untuk aku cheating . Ngee~ >.<
Lepas tu rehat sekejap . Aku dengan kawan kawan aku duduk melepak sambil mengulangkaji kat luar kelas . Mula mula cerita biasa biasa jeh , pastu tinggal aku dan Eqa berdiri kat tembok sambil melihat ke kelas 4SPM3 yang jauh di bawah , yang lain semua duduk kat depan pili bomba . Aku dan Eqa seperti biasa saling meluahkan perasaan , tapi kali neh aku yang luahkan kat dia , dan dia akan jadi penasihat tak berbayar aku . Sampaikan cikgu dah masuk kelas pon kitorang still lepak kat luar lagi sampai cikgu panggil masuk . Nakalnya kitorang kan :P Eh eh , tadi kan tengah lepak lepak tu ada budak form 5 boleh letak mercun kat atas bumbung , gilaa kuat bunyinya sampai semua budak yang dalam kelas semua keluar . Terbaiklah seh main mercun kat sekolah . Pastu Damia boleh tanya 'Kalau kat sekolah dibenarkan bawak mercun meriam bagai , apa jadi' , pelik pelik je ekau tanya Damia oi .
Sekarang masa untuk masuk kelas untuk kertas yang seterusnya iaitu Reka Cipta dan ICT . Untuk budak yang ambil ICT takada masalah sebab takada antara diorang yang drop . Tapi budak budak RC , macam macam ragam . Dalam kelas aku tu ada lah dalam 7 orang yang taknak ambil RC termasuklah aku . Mula mula cikgu bagi kertas kat semua budak , pastu sampai dekat Era aku and Opiy tak cukup , so Eqa cakap kat cikgu yang budak nak drop tu kena ambil jugak ke , dah la kertas tak cukup kan . Cikgu pulak suruh pergi tanya cikgu RC kena ambil jugak ke tak . Aku volunteer diri nak pergi tanya . Tapi malas nak cari aku pergi jeh bilik guru jumpa Cikgu Huda yang selalu kena bahan dengan budaknakal seperti kami . Cikgu telefon je cikgu RC tu dan the happiest one cikgu RC kata takpayah . Pehh , macam nak melonjak je dalam bilik guru tu , HAHA :D settle masalah .
Kertas terakhir untuk hari neh MT atau AddMath . Yang keluar bab Logarithms and Coordinate Geometry . Log log tu boleh lah lagi layan sikit sikit , CG pon boleh jugak lah . Tapi bila dapat kertas makk aii , asal cenggini soalannya , pening aku der ! Padahal 11 soalan je tu , tapi aku jawab berapa je tadi , hampir penuh kertas jugak la . Harap harap tak gagal lagi lah , dah 2 kali gagal jeh . Doakan sama ye :)
Esok exam BI , MM dan ST . Buku tak baca lagi , madah online manjang . Adess~ Harap dapat buat yang terbaik je lah esok .

P/s : Sedih , kenapa dia privatekan wall dia ? Mesti ada yang dia sembunyikan tu . Nak nangis , huwaaaaaaaaaaaa :'(

No comments: