Trip To Johor Bahru

Assalamualaikum dan hai bloggers :)
Sorry for the late update , kinda busy .
Eh , minggu depan exam , satu hape pon tak ready lagi , adoyy =='

Actually , cerita neh seminggu yang lepas .
Sekolah aku under Pusat Sumber buat lawatan ke Kota Iskandar hari Sabtu - 30 Julai 2011 . So KAMI - Aen , Eqa , Mia , Pu3 dan ada la budak² lain lagi yang join kan , konon² enjoy sebelum puasa lah , tapi memang betul pon :P Sebelum tu nak cerita kerja gila kami masa hari Khamis sebelum trip tu . Hari Khamis tu kena confirm siapa yang nak pergi , then kawan² aku ada yang belum tanya ibubapa lah apa lah , masa pagi Khamis tu masa Mathematics by my class teacher , kami gelarkan handphone dia telefon awam bergerak , HAHA *soryy cikgu* kami pinjam handphone cikgu Huda telefonKAN ibu² yang berkenaan , tapi tak dapat pon , kami mainlah Xperia cikgu tu *diam² je , cikgu tak tao ukee* Hari Jumaat pulakk Zainina , Nabilah & Zawin tanya cikgu Rosmawati yang akan membawa kanak² SMKDS ke JB tu , nak kena pakai baju apa semua² lah kan , cikgu pon berkata hendaklah memakai baju yang berkaitan dengan sekolah , adess tak suka betul . Itu yang pergi pinjam dengan budak 4spm1 seperti yang telah diceritakan dalam entri bawah neh . Oke , terus ke hari Sabtu . Hari yang dinanti untuk meriangriakan diri . "Hey JB , here we come !" Gerak pagi tu dalam pukul 7.00 am dan terus menuju ke Kota Iskandar dan sampai dalam pukul 9.30 am . Mula² ke Puteri Harbour , Puteri Harbour neh dalam Kota Iskandar tulah . Actually , tempat neh dia nak buat macam Putrajaya tu ha dan tempat dia memang luas gilaa apakk ah tapi belum siap sepenuhnya la serta dijangka akan siap pada tahun 2017 *huyy , lama lagi tu , boleh la buat reunion 4spm2'11 kat sini* Mari jalan² tengok gambar :D




Yang atas sekali tu tempat kapal² mewah . Tengok tu besar² kan kapalnya . Nak pergi kat bawah tu guard dia tak bagi pulakk , kedekut ohh , kalau tak dapat buat photoshoot stail wedding punya , HAHA :D Yang tengah pulak kami berempat yang gilaSNAP gilaSENGAL , dah ada nama tu baca sendiri la . Ha nampak tak siapa yang pakai baju sama tu ? Itu DAMIA , itu PUTRI . Kami KEMBAR hari tu , banyak gambar kami berdua tapi malas nak upload banyak² , kalau nak tengok add la fesbuk Eqa tu yea . Oke , sekarang kita pergi ke Kota Iskandar pulakk ye . Besar gilaa ohh tempat neh , sampai tak larat den nak pusing satu tempat tu . Orang lain siap masuk bangunan tu bangunan neh , ada jugak yang lepak bangunan yang first masuk tu , kami pulakk stay kat tengah² antara bangunan² tu , penat ohh kaki . Jom tengok gambar .





Tu antara bangunan² yang dekat Kota Iskandar tu . First yang aku fikir bila tengok bangunan tu dari jauh aku ingat cerita Mohabbatein . Korang pernah tengok cerita tu tak ? Dan bila kami buat gaya indie berlatarbelakangkan bangunan tu memang ishh tak tao nak kata apa , speecless , tempatnya superb indah . Gambar second gambar ramai² dengan cikgu sekali , tapi tak semua yang masuk dalam gambar tu . Gambar third pulakk Aen yang jadi photographer , dia yang suruh kami bertiga buat macam tu , dia kata bangunan tu macam kat atas tangan kita . See , aku siap buat gambar profile dekat blog lagi . I love too the last picture above . Kami di Kota Iskandar sampai pukul 11.00 am dan terus ke Plaza Angsana . Cikgu bagi masa 3 jam kat sana . Nak makan , nak boling , nak karok , semua pon boleh .


There is satu je gambar yang diupload masa di Angsana . Kami makan , jalanjalan . Penat lah seh pusing satu Angsana tu dan balikbalik jumpa kedai yang jual baju , tudung , baju , tudung again . Peningg ohh jalan kat sana , nak kata sale raya , puasa pon belum time tu . Dan orang jangan cakap la , memang ramai gilaa , nak nak time kami sampai tu peak hour , haihh , sabar je la . Then pukul 3.00 pm gerak balik Parit Sulong . Dah sampai sekolah dalam pukul 5.40 pm , aku jumpa kawan aku sekolah belakang nak kasi dia coklat , sebab esoknya birthday dia .

Oke , itu saja nak cerita . Cerita panjang² pon tak guna sebab dah lapukk , HAHA :D Yang penting kami ENJOY sangatsangatsangat kat sana . Kbye :)

No comments: